24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penerima dos pertama vaksin lepasi angka 10 juta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 10,097,841 orang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di negara ini setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penerima yang telah menerima dua dos vaksin pula adalah seramai 4,674,380 orang.

Menurut beliau, secara keseluruhan sebanyak 14,772,221 dos telah diberikan setakat semalam.

“Sebanyak 424,936 dos diberikan pada 18 Julai,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

dos pertama vaksin

Merujuk kepada laporan harian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, sebanyak 282,106 orang telah menerima dos vaksin yang pertama manakala 142,830 orang menerima dos kedua.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah penerima vaksin lengkap dua dos tertinggi iaitu seramai 1,279,304 orang diikuti Sarawak (932,931 orang), Johor (380,343 orang), Sabah (366,342 orang) dan Perak (303,345 orang).

Bagi dos pertama pula, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan sebanyak 4,011,599 penerima diikuti Sarawak (1,579,474 orang), Johor (697,388 orang), Perak (582,657 orang) dan Pulau Pinang (520,019 orang).

Advertisements

Secara keseluruhan, kira-kira 30.9 peratus rakyat Malaysia telah menerima dos pertama manakala 14.3 peratus menerima dos kedua.

vaksin

Sebanyak 20 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos lengkap vaksin manakala 43.1 peratus menerima dos pertama.

Labuan mencatatkan peratusan populasi dewasa tertinggi yang menerima dua dos lengkap vaksin iaitu sebanyak 64.6 peratus diikuti Sarawak (45.7 peratus), Perlis (36.4 peratus), Lembah Klang (20.8 peratus), Negeri Sembilan (20.6 peratus) dan Melaka (18.5 peratus).

Terengganu pula merekodkan 17.9 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin diikuti Pahang (17.3 peratus), Kelantan (17 peratus), Perak (16.3 peratus), Pulau Pinang (16.2 peratus), Kedah (14.9 peratus), Johor (14 peratus) dan Sabah (13.3 peratus).

vaksin

Labuan turut mencatatkan peratusan populasi dewasa tertinggi yang menerima dos pertama vaksin iaitu sebanyak 87.4 peratus diikuti Sarawak (77.3 peratus), Lembah Klang (65.1 peratus), Perlis (49.8 peratus), Negeri Sembilan (54.8 peratus), Pulau Pinang (38 peratus) dan Melaka (36.2 peratus).

Terengganu pula merekodkan 33.7 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin diikuti Perak (31.3 peratus), Kedah (28.2 peratus), Pahang (27.5 peratus), Kelantan (27 peratus), Johor (25.7 peratus) dan Sabah (18.2 peratus). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan