31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda terima padah mencarut provokasi polis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

PETALING JAYA – Kebiadaban seorang pemuda menghamburkan kata-kata kesat dan berunsur lucah terhadap pihak berkuasa melalui media sosial mengundang padah apabila dia ditahan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara.

Menurut beliau, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah reman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes provokasi terhadap polis.

Kelmarin, suspek dikenakan kompaun setelah didapati berdegil enggan memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di Sri Damansara.

Dia yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu seterusnya mempersoalkan kompaun yang dikenakan terhadapnya dan merakamkan pegawai dan anggota-anggota polis di lokasi kejadian.

Suspek juga dipercayai terpengaruh dengan dakyah golongan antivaksin berdasarkan pengakuannya dalam video yang tular menerusi media sosial sejak semalam.

Setelah beredar dari stesen minyak berkenaan, suspek meneruskan rakaman video secara langsung di dalam kenderaan yang dipandunya.

Dia berterusan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah dipercayai ditujukan terhadap polis ekoran kompaun yang dikenakan terhadapnya.

Malah, ketika tangkapan dilakukan malam tadi, suspek seolah-olah tidak serik dengan padah yang diterimanya apabila sempat membuat rakaman video untuk disiarkan secara langsung dalam media sosial.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan