27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hati Rina tersentuh bila Azalea minta suap makanan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memohon maaf atas dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang tular berikutan tindakannya menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), Nur Azalea Zafirah, semalam.

Beliau juga sedar bahawa gambar bersama kanak-kanak berusia 6 tahun yang juga anak pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun itu telah menimbulkan persoalan dan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Rina berkata, kanak-kanak tersebut merupakan seorang kanak-kanak OKU penglihatan dan autisme yang mana anak ini berada dalam keadaan kurang ceria ketika ketibaan saya.

“Namun, kanak-kanak tersebut beransur ceria dan tenang apabila dipujuk dan ditawarkan hidangan makanan yang saya bawa.

“Bapa beliau sendiri memaklumkan bahawa anaknya tidak mampu makan sendiri dan perlu dibantu dengan menyuapkan makanan kepada anaknya.

“Hati saya mula tersentuh apabila kanak-kanak tersebut sendiri menyebut “Nak Aunty suap…” kepada saya.

“Untuk tidak menghampakan anak istimewa ini, saya terus menyuapkan makanan tersebut sebagai sebahagian pendekatan psikososial dalam menzahirkan rasa kasih saya sebagai seoarang wanita kepada kanak-kanak apatah lagi kepada insan yang kurang bernasib baik ini,” jelasnyta dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu memberitahu bahawa beliau sendiri mengamalkan kebersihan kendiri setiap masa yang mana tangannya telah disanitasi setiap kali sebelum dan selepas saya menyantuni kumpulan sasar termasuk Fendy dan Nur Azalea Zafirah.

Beliau sentiasa memastikan cecair pembasmi kuman dan tisu basah berada dalam simpanan untuk memastikan kebersihan kendiri menjadi amalan setiap masa.

Advertisements

“Saya juga memakai pelitup muka sepanjang sesi saya menyantuni saudara Fendy dan anaknya, Nur Azalea Zafirah,” jelasnya.

Rina turut berpesan kepada dirinya sendiri dan semua anggota masyarakat agar terus ingat mengingati sesama kita dalam usaha mengamalkan norma baharu dan terus menjaga kebersihan kendiri.

Menurut beliaum, usaha berterusan saya untuk terus membantu golongan yang memerlukan adalah satu ikrar diri bahawa saya tidak akan berhenti untuk terus menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa membeza-bezakan latar belakang mereka.

“Terima kasih sekali lagi buat komen-komen yang membina yang diberikan dalam usaha memperbaiki tugasan, amanah dan tanggungjawab kebajikan yang saya usahakan.

“Saya memohon maaf sekali lagi atas kelemahan yang terjadi. Sesungguhnya sebagai seorang manusia, saya juga tidak lari melakukan kesilapan.

“Semoga kita terus dilindungi dan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 ini dengan segera,” katanya.

Rina mengunjungi Fendy dan keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur semalam bagi menghulurkan bantuan segera kepada pemuzik OKU yang terjejas pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Fendy terpaksa menjual dua set dram kesayangan yang dibelinya sekitar RM4,500 terpaksa dijual pada harga RM1,500 hingga RM2,000 selepas wang simpanannya semakin berkurangan.

Susulan kunjungan itu, Rina berjanji akan memastikan Fendy menerima bantuan yang sewajarnya daripada kerajaan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan