27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6 termasuk Jurutera Daerah, Penolong Jurutera ditahan SPRM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam individu termasuk seorang Jurutera Daerah dan dua orang Penolong Jurutera sebuah agensi pusat di Johor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor-kontraktor di daerah yang dikawal selia mereka. 

Menurut sumber, Jurutera Daerah dan dua Penolong Jurutera masing-masing berusia 38, 44 dan 31 tahun itu ditahan SPRM dalam satu operasi yang dilaksanakan di sekitar negeri ini awal pagi semalam.

Tiga orang kontraktor yang terlibat juga turut ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa merasuah ketiga-tiga suspek bagi mendapatkan projek-projek yang ditawarkan oleh agensi berkenaan di sebuah daerah di Johor sejak tahun 2018.

Kontraktor terbabit berusia antara 31 hingga 44 tahun dipercayai mengawal 11 syarikat yang didaftarkan atas nama mereka dan juga proksi untuk membolot projek-projek agensi pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah tersebut.

Dianggarkan projek-projek yang dimonopoli juga mencecah jutaan ringgit sejak tahun 2018 hingga 2021.

jurutera SPRM
Tiga suspek yang disiasat SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor berkhidmat dengan sebuah agensi pusat di Johor. – Gambar: Ihsan SPRM

Selain itu, sumber menjelaskan, pelbagai bentuk suapan rasuah telah diberikan kepada ketiga-tiga suspek termasuk pakej percutian,wang tunai dan barang berharga termasuk sebuah bot.

Beberapa siri serbuan telah dibuat di sekitar Johor sejak awal pagi semalam.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan. 

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Keenam-enam suspek yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini dan diluluskan permohonan reman  di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk lima orang suspek selama tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Ogos 2021.

Seorang lagi suspek diluluskan reman selama lima hari bemula hari ini sehingga 30 Julai 2021.

Pemohonan reman tersebut dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan