29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

1,878 aduan majikan tak izin bekerja dari rumah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui aplikasi Working For Workers (WSW) telah menerima sebanyak 1,878 aduan berhubung majikan tidak membenarkan pekerja Bekerja Dari Rumah (BDR sepanjang tempoh 23 Mei hingga 1 Julai 2021.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, negeri yang merekodkan paling banyak jumlah aduan BDR adalah Selangor (696 aduan), diikuti Kuala Lumpur (505 aduan), Johor (196 aduan) dan Pulau Pinang (123 aduan).

“Dari 1 Jun hingga 1 Julai 2021, sejumlah 59 kompaun yang berkaitan dengan ketidakpatuhan kepada kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat dan tempat kerja telah dikeluarkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah KSM seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur yang akan bermula pada 3 Julai 2021, KSM juga akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan melalui akta-akta di bawah kementerian dan menyeru agar para majikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang ditetapkan sebagai langkah bersama bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Penjana Kerjaya
M SARAVANAN

Beliau turut mengingatkan para majikan untuk mematuhi PKPD yang akan dilaksanakan di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur mulai esok hingga 16 Julai 2021.

Saravanan menambah, para majikan juga digesa untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, khususnya dari segi penetapan kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat atau tempat kerja seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut beliau, pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja di pejabat atau tempat kerja sepanjang tempoh PKPD.

“Justeru, majikan adalah dikehendaki untuk mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.

“Ini kerana, kementerian menerima banyak aduan daripada para pekerja bahawa mereka telah diugut oleh majikan untuk hadir bekerja seperti biasa dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diberhentikan kerja,” katanya.

Saravanan berkata, sekiranya para pekerja masih diarahkan oleh majikan untuk hadir ke tempat kerja, aduan boleh disalurkan kepada KSM menerusi aplikasi WFW.

Beliau memberitahu, selain kategori aduan BDR, aplikasi itu juga mempunyai 16 kategori aduan lain membabitkan isu perburuhan.

“KSM sentiasa memberi perhatian terhadap aduan-aduan yang diterima dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh kementerian,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan