28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tajuddin didenda RM1,500 tak pakai pelitup muka

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT di stesen KLCC, pada 25 Mei.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan dilakukan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegah dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Zainal menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Pada 27 Mei lalu, polis memaklumkan telah memanggil Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan itu.

Advertisements

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berhubung insiden pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT).

Tajuddin ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Prasarana pada 26 Mei lalu.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi kumpulan itu berkuat kuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu dipercayai susulan dakwaan kegagalan Tajuddin mengendalikan sidang akhbar insiden pelanggaran dua tren LRT tersebut.

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan