26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu 16 Jun

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu akan berlangsung di Istana Negara pada 16 Jun ini berkaitan dengan usaha memerangi jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perbincangan tersebut adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan akan dipengerusikan oleh Seri Paduka.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama Perbincangan Khas Raja-raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, hari ini.

Baca juga:   Ulang tahun keputeraan Sultan Selangor: Agong dahului senarai penerima

Hari ini, Seri Paduka berkenan menerima ketua-ketua parti politik untuk menghadap di Istana Negara.

Antara pemimpin politik yang telah menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula dijadualkan menghadap Seri Paduka secara maya pada 14 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah pagi tadi bagi mesyuarat pra-Kabinet.

Difahamkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok. – EDISI 9

Baca juga:   Keputusan STPM 2020 sedikit menurun, 741 calon PNGK 4.00

Latest News

67.61 peratus guru sudah divaksin – Radzi

CYBERJAYA - Sebanyak 67.61 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19...
Baca juga:   Keputusan STPM 2020 sedikit menurun, 741 calon PNGK 4.00

Puteri Sarah turun padang santuni masyarakat Merbok

More Articles Like This