25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Semakin ramai kanak-kanak maut, kritikal akibat COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan jumlah kematian dan kes kritikal berkaitan COVID-19 melibatkan kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak tiga kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah lima tahun telah dilaporkan sepanjang 2020.

Lebih membimbangkan, menurut beliau, bilangan kematian yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat pada 2021 iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama 2021.

“Kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes di mana enam daripadanya berumur bawah 5 tahun.

“Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes kanak-kanak memerlukan rawatan di ICU dan daripada jumlah itu, 19 kes adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan menyeru semua pihak untuk mengambil berat situasi yang serius tersebut kerana kanak-kanak adalah kumpulan yang perlu dilindungi.

Beliau memberitahu, masyarakat terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19.

“Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya semua prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak,” jelasnya.

Advertisements

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 8,209 kes baharu jangkitan positif COVID-19 dikesan di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 595,374 kes.

Sebanyak 103 kematian dilaporkan melibatkan 100 orang rakyat tempatan dan tiga warga asing.

Seramai 26 pesakit COVID-19 meninggal dunia di Selangor diikuti 15 kes di Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh kes di Sabah, masing-masing enam kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing empat kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang, serta satu kes di Perak.

Secara keseluruhan, seramai 3,096 kematian dicatatkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Sebanyak 83,331 kes masih aktif di mana 880 kes dirawat di ICU manakala 446 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 8,209 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan 595,374 kes.

Selain itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 24 kluster baharu dikesan hari ini dan jumlah keseluruhan adalah 2,261 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,578 kluster telah tamat manakala 683 lagi masih aktif. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan