30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Rakyat sudah letih dengan propaganda politik

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda di negara ini, segelintir ahli politik seolah-oleh tidak mempedulikan keperitan hidup rakyat.

Mereka hanya mementingkan agenda peribadi untuk berkuasa dan tidak peduli sama ada tindakan yang mementingkan diri sendiri itu memberi kesan yang buruk kepada rakyat serta negara.

Malah, ada ahli politik yang dikatakan sedang giat mengumpulkan akuan bersumpah bagi membuktikan mereka mempunyai sokongan untuk membentuk kerajaan baharu.

Sikap puak gila kuasa itu dibidas oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang menyeru agar ahli-ahli politik terutamanya Ahli Parlimen untuk menumpukan segala perhatian mereka dalam usaha membanteras COVID-19.

Beliau meminta mereka tidak terjebak dalam sebarang usaha rampasan kuasa yang sedang diperkatakan melalui pengumpulan akuan bersumpah dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Cukup-cukuplah, rakyat dah letih dengan propaganda politik. Sekarang, masanya untuk bersama dengan rakyat, merangka agenda menangani pandemik.

“Yang perlu kita tumpaskan adalah COVID-19 dan bukannya kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   6,824 kes, jangkitan baharu semakin berkurangan

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Dominic itu kerana majoriti rakyat ingin melihat COVID-19 ditangani sepenuhnya agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Rakyat pasti tidak lupa dengan peningkatan mendadak kes COVID-19 yang berlaku di seluruh negara ekoran krisis politik di Sabah.

Pada masa yang sama, Dominic berharap mana-mana Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan supaya tidak terpedaya dengan konsep muafakat palsu yang dibawa pihak pembangkang.

Baca juga:   PKP 4 negeri sambung, had pergerakan 10 km batal

Menurut beliau, matlamat pembangkang hanyalah politik merampas kuasa.

“Kerajaan dah umumkan fasa-fasa pemulihan, kementerian-kementerian seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan bertungkus-lumus dalam meratakan keluk COVID-19 dan mencapai sasaran imuniti kelompok mengikut jadual.

“Selepas itu kita serahkan kepada rakyat untuk pilih kerajaan, itulah asas demokrasi,” jelasnya.

Kerajaan juga sedang bertungkus-lumus dalam memastikan proses vaksinasi berjalan lancar bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin.

Ahli-ahli politik sepatutnya menggunakan pengaruh mereka untuk meyakinkan rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal. – EDISI 9

Baca juga:   Tubuh badan khas siasat insiden projek SUKE

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan