31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pemborong, restoran bersekongkol ‘caras’ minyak masak subsidi?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tindakan sesetengah pemilik restoran yang bersekongkol dengan pemborong untuk mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi lebih banyak menjadi punca berlaku kekurangan bekalan bahan itu di pasaran.

Sumber industri berkata, jumlah pengeluaran minyak masak bersubsidi oleh kilang yang diberi lesen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebetulnya mencukupi untuk keperluan isi rumah di negara ini.

Justeru, katanya, kerajaan tidak perlu lagi menambah pemberian subsidi kepada pengilang untuk pengeluaran minyak masak isian botol 5 kilogram (kg) bagi tujuan mengawal harga di pasaran.

“Subsidi dah cukup dengan minyak paket cuma penguatkuasaan sahaja perlu lebih ketat. Minyak paket tak sampai kepada pengguna, pekedai sudah ‘tapau’.

“Tapi kalau pemborong ada yang ‘kawtim’ dengan restoran, ‘engkau beli semua bahan mentah dengan aku, aku jual minyak paket banyak untuk engkau’…,” katanya ketika dihubungi Edisi 9 hari ini.

Sumber itu berkata, sikap pengguna yang takut untuk membeli minyak masak paket 1 kg kerana terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang mendakwa menggunakan minyak masak guna semula juga turut mempengaruhi pasaran.

Katanya, pengguna enggan membeli minyak masak pakej konon kualiti lebih rendah berbanding minyak botol sedangkan ia menggunakan sumber minyak sawit mentah yang sama.

“Sebetulnya kita tidak guna minyak masak guna semula. Minyak masak paket 1 kg yang mendapat subsidi kerajaan sama kualitinya dengan yang botol iaitu minyak sawit gred CP8.

“Di Malaysia, kita menggunakan dua gred minyak sawit iaitu CP8 dan CP6. CP6 ini lebih mahal sediikit dan kos bertambah jika kilang memasukkan bahan antikeruh,” katanya.

Katanya, minyak masak di negara ini jauh lebih baik dari sesetengah negara lain yang menggunakan minyak sawit gred CP10.

Ditanya mengenai kewajaran harga jualan pengguna mencecah RM30 sebotol, beliau menjelaskan, perkara itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan harga minyak sawit mentah dalam pasaran dunia.

Ini kerana, katanya, harga yang sampai kepada pengguna adalah selepas dicampur dengan keuntungan dalam rantaian iaitu pemborong dan peruncit.

“Macam kami, harga tolak dari kilang RM25.50. Katakan kalau rantaian ambil untung RM2, kilang tolak pemborong RM25.50, pembotong tolak kepada peruncit RM27.50, peruncit jual kepada pengguna RM29.50,” katanya.

Ketika ditanya harga kilang paling rendah yang pernah mereka peroleh, sumber itu berkata, pada 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19.

Jelasnya, pada masa itu harga minyak sawit mentah hanya RM2,000 satu tan dan mereka boleh jual pada harga RM16 satu botol 5 kg.

“Sebetulnya kenaikan harga sawit ni ada positif dan negatif. Negatif harga minyak masak mahal, positifnya pekebun kecil untung,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan