28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemberian vaksin meningkat, PICK berjalan lancar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan peningkatan jumlah pemberian vaksin sejak ia dimulakan pada 24 Februari lalu.

Memetik laporan Bernama, beliau berpandangan, jumlah pemberian vaksin yang tinggi setiap hari membuktikan PICK berjalan dengan baik.

“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,000 hingga 400,000 sehari.

“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin).

“Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak COVID-19,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini hari ini

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Perdana Menteri memberitahu, kerajaan memberi jaminan bahawa setiap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin akan menerimanya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini seterusnya memastikan keadaan negara termasuk sistem kesihatan bertambah baik selain ekonomi terus pulih.

“Sebab itu kita tambah Pusat Pemberian Vaksin sehingga 600, unit bergerak dan pandu lalu, kita pergi ke luar bandar supaya tiada rakyat yang patut dapat vaksin tertinggal.

“Ada sesetengah tempat ada orang kurang upaya, kita pergi ke kawasan mereka untuk (mudahkan mereka) dapat rawatan dan langkah yang kita ambil ini adalah secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ bagi menentukan kita berjaya memerangi wabak COVID-19,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, penguatkuasaan Ordinan Darurat bagi membendung penularan wabak COVID-19 berjaya memastikan sistem kesihatan di negara ini tidak runtuh.

Menurut beliau, menerusi ordinan tersebut, Kementerian Kesihatan boleh menggunakan peruntukan yang ada untuk mengambil alih dan menggunakan mana-mana hospital termasuk swasta bagi dijadikan hospital khusus merawat pesakit COVID-19.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan