27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia tak hantar jemaah haji, akur keputusan Arab Saudi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Buat kali tahun keduanya berturut-turut Malaysia tidak menghantar jemaah bagi menunaikan haji pada tahun ini berikutan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut.

Dr. Zulkifli berkata, keputusan Arab Saudi itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat kepada beliau berikutan penularan pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

“Malaysia akur serta menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun lepas Malaysia juga tidak dapat menghantar jemaah haji berikutan ancaman pandemik tersebut.

Jelas beliau, makluman yang sama telah diterima oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein daripada rakan sejawatnya Putera Faisal Farhan Al Saud.

Dr.Zulkifli berkata, beliau akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di Arab Saudi dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji pada musim ini diuruskan dengan sebaik-baiknya oleh Lembaga Tabung Haji selaras dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

‘’Saya memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan rindukan dua Tanah Suci kerana terpaksa menangguhkan ibadah ibadah haji pada tahun ini. 

‘’Keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima, tetapi kita tetap yakin dengan hikmah di sebalik keputusan tersebut. Sesungguhnya hfiz al-nafs (memelihara nyawa) adalah salah satu daripada prinsip Maqasid Syariah yang sentiasa dijunjung oleh kerajaan dalam mengambil sebarang keputusan,’’ katanya.

SEMENTARA itu, Kerajaan Arab Saudi dalam kenyataan memaklumkan, berikutan ancaman pandemik Covid-19, jumlah jemaah haji pada tahun ini dihadkan kepada 60,000 orang sahaja yang terdiri daripada penduduk dan warganegara lain yang berada di negara itu. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan