26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Maklumkan warga emas tinggal bersendirian kepada JKM

Must Read

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun meminta anak-anak, waris atau orang ramai yang mengetahui tentang warga emas tinggal bersendirian agar memaklumkan hal itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan pemantauan.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelakkan kejadian sama seperti yang menimpa dua warga emas yang ditemukan meninggal dunia tanpa disedari di Pasir Gudang pada Ahad lepas berulang.

“Kita boleh gerakkan sukarelawan untuk memantau keadaan mereka dan JKM boleh turun untuk buat pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas program Edaran Bakul Prihatin Titiwangsa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di Kuala Lumpur hari ini.

Berita mengenai pasangan suami isteri warga emas, masing-masing berusia 68 dan 61 tahun, yang ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor itu dilaporkan semalam.

Baca juga:   Redzuan tewas, '3R' menang Naib Presiden Bersatu

Dalam perkembangan lain, Rina berkata pihak Talian Kasih turut menerima sebanyak 1,244 panggilan berkaitan keganasan rumah tangga setakat ini bagi tahun ini.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis serta Kementerian Kesihatan supaya kes seumpama itu tidak berterusan.

Rina sebelum itu menyertai skuad menyampaikan bakul makanan kepada 31 buah keluarga yang berdaftar dengan JKM di Flat Sri Perlis. Keluarga-keluarga ini terdiri daripada golongan warga emas, OKU, Asnaf dan B40 yang mengalami pergerakan yang terhad untuk mencari rezeki.

Baca juga:   Penampilan terkini Rina jadi buah mulut netizen

Katanya,  kerajaan sedar, berikutan PKP penuh yang dilaksanakan, ramai yang mengutarakan aduan dan pertanyaan menerusi Talian Kasih terutamanya berkaitan bantuan kebajikan.

‘’ Ini membuktikan, Talian Kasih adalah sebuah talian prihatin masyarakat yang menghubungkan permasalahan masyarakat kepada agensi-agensi berkaitan,’’ katanya.

Katanya maklumat boleh disalurkan melalui Talian Kasih 15999 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999.

Latest News

67.61 peratus guru sudah divaksin – Radzi

CYBERJAYA - Sebanyak 67.61 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19...
Baca juga:   UMNO kekal parti terbesar, tarik 127,214 ahli baharu - Ahmad

Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut ditembak kawan rapat

More Articles Like This