31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPPK akan laksana projek rintis PICK sektor sawit

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi (KPPK) akan melaksanakan projek rintis bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan memberi fokus kepada sektor perladangan sawit tidak lama lagi membabitkan 5,000 pekerja di seluruh Selangor dalam masa terdekat. 

Menterinya, Datuk Dr.Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan melalui Facebooknya berkata, kementerian itu merancang untuk bekerjasama dengan MITI untuk melancarkan lagi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) membabitkan subsektor lain di bawah sektor komoditi.

Khairuddin turut memberitahu, beliau melakukan lawatan mengejut ke kilang perabot di kawasan perindustrian perabot di Olak Lempit, Banting Selangor kelmarin bagi melihat sendiri pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh premis-premis berkenaan.

Beliau berkata, lawatan itu bertujuan memastikan semua subsektor di bawah kementerian tersebut yang dibenarkan beroperasi mematuhi SOP dengan ketat. 

‘’Subsektor perabot, pembekalan produk kayu-kayan dibenarkan untuk kemudahan di hospital, Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) dan lain-lain berkaitan COVID-19. 

‘’Malah MKN sudah membenarkan aktiviti loading dan unloading di kilang dan gudang hanya melibatkan penghantaran barangan atau kargo dalam simpanan stok (stockpile) sedia ada untuk tujuan eksport sahaja dari jam 8 pagi hingga 8 malam pada Isnin, Rabu dan Jumaat,’’ katanya.

Khairuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya agensi-agensi memastikan semua industri subsektor yang berkaitan mematuhi SOP.  – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan