26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

KPDNHEP sedia gunakan kuasa kawal harga minyak masak

Must Read

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedia melaksanakan kuasa yang diberi kepada pihaknya untuk mengenakan harga kawalan jika harga minyak masak melonjak ke paras tidak munasabah.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, sebagai contoh pihaknya boleh mengambil tindakan seperti Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang mengawal kenaikan melampau harga barang keperluan setiap kali musim perayaan.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) adalah salah satu contoh pelaksanaan kawalan harga di setiap musim perayaan di mana KPDNHEP menjangka permintaan akan meningkat dan peningkatan itu akan menekan harga barangan seperti yang biasa berlaku dalam ekonomi pasaran bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang berbincang dengan beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk mempertingkatkan mekanisme pelaksanaan harga untuk minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsi di pasaran bagi mengurangkan beban pengguna.

Baca juga:   Dua lelaki Bangladesh dalang sindiket Program Rekalibrasi

Beliau berkata, kerajaan akan memaklumkan hasil dari perbincangan dan mekanisme yang dipersetujui.

“Pihak penguat kuasa KPDNHEP sentiasa memantau bekalan dan harga barangan di pasaran setiap hari.

“Pihak penguat kuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah AKHAP 2011 jika terbukti peniaga melakukan pencatutan terhadap harga barang termasuk minyak masak,” katanya.

Dalam pada itu, kementeriannya juga sentiasa proaktif dalam memastikan tiada ketirisan dalam bekalan minyak masak bersubsidi.

Baca juga:   Bekalan sayur dari Cameron Highlands tidak terjejas
Penguat kuasa KPDNHEP tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap peniaga yang membuat pencatutan minyak masak. – Sumber: KPDNHEP

Sebelum ini pengguna di seluruh negara mengeluh dengan kenaikan mendadak minyak masak isian botol 5 kilogram (kg) daripada RM21 hingga RM25 sebotol kepada RM30 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan mulai 1 Jun lalu.

Sementara itu, Alexander berkata, kerajaan menerusi KPDNHEP dan Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta tahun ini berbanding RM528 juta tahun lalu bagi melaksanakan Program Skim Rasionalisasi Minyak Masak atau Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS).

Beliau berkata, COSS adalah program subsidi minyak masak bertujuan untuk meringankan bebanan pengguna dalam kos sara hidup mereka.

“Mekanisme ini terbuka kepada semua golongan untuk mendapatkan minyak masak dengan harga berpatutan,” katanya.

Jelas beliau, subsidi tersebut diberikan kepada minyak masak yang dipek dalam bungkusan polibeg 1 kg dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket walaupun harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia meningkat pada masa ini.

Baca juga:   Hospital Kapit terima 5 mesin ventilator sumbangan SSM

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan 60,000 tan metrik ™ sebulan (atau 720,000 tm setahun) bersamaan dengan 60 juta polibeg sebulan (720 juta polibeg setahun) untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia semua peringkat di seluruh negara.

Tambah beliau, kuantiti tersebut berdasarkan kadar penggunaan 1.8 kg seorang setiap bulan atau 22.0 kg seorang untuk tempoh setahun.

Katanya, kerajaan memberi jaminan kualiti minyak masak sawit bersubsidi yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan yang dijual dalam botol malahan ada di antaranya dikeluarkan dari kilang yang sama.

Baca juga:   520,000 kotak rokok 'John' tiruan dirampas

“Minyak masak yang dijual dalam botol plastik bersaiz 2kg, 3kg, 5kg dan dalam tin 17kg adalah tidak bersubsidi di mana harganya ditentukan oleh harga CPO di pasaran dunia.

“Rakyat boleh membuat pilihan sama ada hendak membeli minyak masak bersubsidi dalam kemasan polibeg 1kg atau yang tidak bersubsidi dalam kemasan botol plastik dan tin,” katanya.

Pada masa ini harga CPO di pasaran dunia sudah mencecah lebih RM4500 tan metrik berbanding hanya sekitar RM2500 tan metrik sahaja sebelum ini, bersamaan kira-kira RM4.50 per kg sebelum diproses dan dibotolkan.

“Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM22 untuk 5kg.

“Itu tidak termasuk kos-kos lain seperti pemprosesan, pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di semua peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Bekalan sayur dari Cameron Highlands tidak terjejas

Latest News

67.61 peratus guru sudah divaksin – Radzi

CYBERJAYA - Sebanyak 67.61 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19...

More Articles Like This