32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kedai makan, restoran boleh buka hingga 10 malam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi mulai pukul 6 pagi hingga 10 malam mulai esok.

Perubahan prosedur operasi standard (SOP) itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, premis yang menjual makanan hanya dibenarkan beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021,” katanya.

Beliau turut memberi penjelasan bagi menangani kekeliruan mengenai peranan pasukan keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi-operasi yang telah diumumkan sebelum ini.

Ismail Sabri memberitahu, terdapat dua pembahagian tugas iaitu Pasukan Petugas Kebangsaan yang diketuai oleh ATM menerusi Op Benteng yang melibatkan kawalan sempadan negara bersama-sama 11 agensi lain termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan lain-lain.

“Manakala Pasukan Petugas Operasi Pematuhan pula diketuai oleh PDRM dan dibantu oleh ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, PBT dan lain-lain bagi tujuan pemantauan pematuhan SOP sama ada melalui sekatan jalan raya (SJR) atau pemeriksaan di tempat-tempat awam.

“Kedua-dua Pasukan Petugas ini telah diwujudkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

“Setelah PKP 3.0 dilaksanakan, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PDRM diperluaskan kepada pemeriksaan terhadap kilang-kilang yang melanggar arahan dan SOP,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi memantau dan tindakan terhadap kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah atau SOP, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyelaras Pasukan Petugas Khas yang baru diwujudkan.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, memandangkan sudah wujud Pasukan Petugas Operasi Pematuhan di bawah PDRM yang menjalankan tugas yang hampir sama untuk memantau pematuhan SOP di tempat awam termasuk premis perniagaan, maka Sidang Khas MKN berpandangan tidak perlu diwujudkan Special Task Force lagi.

“Cukup dengan Task Force Operasi Pematuhan PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan