36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kedah catat jumlah pelaburan tertinggi, jauh atasi Selangor

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kedah telah berjaya mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi bagi semua sektor ekonomi pada suku pertama tahun ini, jauh mengatasi Selangor di tempat kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Datuk Ku Rahman Ku Ismail berkata, negeri itu memperoleh RM43 bilion pelaburan dalam tempoh tersebut dengan RM42.4 bilion daripadanya datang dari sektor pembuatan.

Beliau berkata, perangkaan ini meletakan negeri itu di tempat pertama bagi seluruh negara diikuti dengan Selangor (RM8.6 bilion), Sarawak (RM6.9 bilion), Sabah (RM5 bilion) dan Wilayah Persekutuan sebanyak RM4.9 bilion.

“Seingat saya, sejak menjadi Exco bertanggungjawab utk Industri dan pelaburan selama dua penggal, inilah kali pertama Kedah mencatatkan pelaburan yg tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain dan angka tertinggi dlm sejarah.

“Perlu dingat perangkaan ini hanya untuk tiga bulan pertama. Kita ada sembilan bulan lagi bagi tahun 2021. Insya-Allah, kita akan melihat penambahan pelaburan untuk sembilan bulan akan datang,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Ku Rahman berkata, jumlah pelaburan tersebut juga jauh mengatasi keseluruhan pelaburan bagi tahun 2020 lalu iaitu sebanyak RM5 bilion.

Sehubungan itu, beliau menghargai sumbangan Menteri Besar Kedah dan semua agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan pencapaian tersebut.

“Kejayaan ini merupakan satu detik yg cukup bermakna dan tercatat dalam sejarah bagi pelaburan negeri Kedah.

“Sesungguhnya percapaian ini adalah kerana semangat berpasukan yang dimainkan oleh semua pemegang taruh dalam ‘pasukan’ Kedah,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan