26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

Halang golongan ‘tebuk kapal’ supaya semua selamat

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – PAS menempelak sikap buruk golongan ‘tebuk kapal’ yang bersikap rakus ingin berkuasa tanpa mengira kesan negatif terhadap negara dan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah SAW membandingkan kumpulan tebuk kapal tersebut laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera.

Menurut beliau, mereka ingin menebuk kapal dari bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka sahaja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera.

“Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu mengimbau kembali tentang tindakan PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

Baca juga:   MN satukan persaudaraan, kuasa politik umat Islam

Beliau memberitahu, setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan.

“Secara khusus, PAS memahami keadaan darurat pandemik COVID-19 dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politiking’ yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi.

“Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politiking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana COVID-19 yang sebegini rupa,” jelasnya.

Baca juga:   Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dituduh mencabul anak

Abdul Hadi turut memetik kata-kata Saidina Uthman bin Affan r.a. yang berbunyi:

‌إنَّ ‌اللَّهَ ‌يَزَعُ ‌بِالسُّلْطَانِ ‌مَا ‌لَا ‌يَزَعُ ‌بِالْقُرْآنِ.

Allah memberikan kuasa kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak disebutkan oleh al-Quran.

Beliau menambah, bertindak dengan tegas tanpa perasaan was-was, kerana wasowas itu datangnya daripada syaitan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa soal pembentukan kerajaan baharu tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi tadi.

Baca juga:   Melayu muda lemah daftar mengundi kerana dirasuk syaitan

Desas-desus tentang kemungkinan berlaku perubahan dari segi sokongan majoriti hangat diperkatakan setelah media melaporkan tentang ketua-ketua parti politik dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Namun difahamkan, isu utama yang dipersembahkan oleh ketua-ketua parti politik adalah berkaitan dengan situasi pandemik COVID-19 yang belum reda ketika ini. – EDISI 9

Latest News

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

SEKUMPULAN peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan dan menghantar bekalan 'raja buah'...

More Articles Like This