25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Bank tawar moratorium enam bulan mulai 7 Julai

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) akan menawarkan moratorium enam bulan mulai 7 Julai.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata ia seiring dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

ABM dan AIBIM berkata moratorium automatik itu adalah untuk pinjaman/pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai, 2021 dan tidak tertunggak lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan moratorium diserahkan kepada bank.

Dua persatuan itu menyedari bahawa orang ramai akan terus menghadapi cabaran kewangan akibat Fasa Pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mencerminkan komitmen berterusan bank anggota di bawah ABM dan AIBIM untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada peminjam dan pelanggan kami, bank anggota kami akan menawarkan moratorium enam bulan untuk ansuran semua kemudahan kredit (tidak termasuk kad kredit) secara sukarela (opt-in).

“Ini termasuk semua individu (peminjam dalam golongan B40, M40 dan T20), semua perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Persatuan itu berkata mereka yang mahu memohon moratorium itu perlu menghubungi bank mereka mulai 7 Julai ini.

“Susulan daripada kawalan pergerakan yang berjalan sekarang, peminjam/pelanggan sangat digalakkan untuk menghubungi bank mereka melalui laman web bank, e-mel atau melalui telefon.

Baca juga:   Kontraktor lega kerajaan perkenal semula Perubahan Harga

“Sekiranya peminjam/pelanggan tidak dapat menggunakan saluran digital bank itu, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk memohonm moratorium,” katanya.

Bagaimanapun, para pelanggan disarankan untuk memeriksa di laman web bank masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai apa-apa perubahan pada waktu operasi atau pengaturan untuk perkhidmatan di kaunter berikutan kawalan pergerakan dilaksanakan kerana pandemik COVID-19,” kata persatuan bank tersebut.

Baca juga:   Seorang lagi DO disyaki terima rasuah kontraktor ditahan

Bank-bank akan berusaha untuk memproses semua permohonan moratorium dengan segera. Bagaimanapun, jumlah permohonan yang tinggi dan kekangan akibat kawalan pergerakan, kemungkinan akan wujud beberapa cabaran dalam operasi, katanya.

Selain itu, ia berkata seperti diumumkan oleh Bank Negara Malaysia, laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam / pelanggan tidak akan terjejas dengan menerusi moratorium tersebut.

“Sehubungan itu, mereka tidak perlu bimbang mengenai kesan terhadap profil kredit mereka. Selain itu, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersedia untuk memberi nasihat dan panduan yang diperlukan kepada peminjam/pelanggan individu serta perusahaan mikro termasuk pilihan untuk penstrukturan hutang,” katanya.

Sementara itu, ABM dan AIBIM juga mengingatkan peminjam/pelanggan supaya berhati-hati dengan aktiviti penipuan dan hanya memilih moratorium ini melalui saluran bank rasmi, mereka jdinasihatkan untuk tidak berurusan dengan pihak ketiga yang mengaku sebagai ejen/wakil bank mengenai perkara yang berkaitan moratorium tersebut.

“Anggota bank ABM dan AIBIM tidak melantik atau melibatkan pihak ketiga ataupun ejen untuk tujuan moratorium,” tambah mereka. – Edisi 9

Baca juga:   PPN masa tepat teruskan inisiatif moratorium, i-Sinar, i-Lestari

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan