36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

126 pesakit COVID-19 maut, jumlah kematian harian tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 126 pesakit COVID-19 meninggal dunia di seluruh negara hari ini, jumlah tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.

COVID-19 telah meragut sebanyak 2,993 nyawa di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 123 pesakit COVID-19 merupakan rakyat tempatan manakala tiga orang lagi adalah warga asing.

“Sebanyak 126 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 18 kes di Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor, 10 kes di Kedah, lapan kes di Labuan, masing-masing lima kes di Melaka dan Terengganu, empat kes di Sarawak, tiga kes di Pahang, masing-masing dua kes di Sabah, Putrajaya, dan Perak, serta satu kes di Pulau Pinang.

“Sebanyak 82,774 kes masih aktif di mana 878 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala sebanyak 441 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, sebanyak 7,703 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 587,165 kes.

Selangor mencatatkan 2,728 kes jangkitan positif baharu diikuti Kuala Lumpur (701 kes), Sarawak (588 kes), Negeri Sembilan (586 kes), Johor (554 kes), Kelantan (541 kes) dan Pulau Pinang (407 kes).

Kedah pula mencatatkan sebanyak 283 kes diikuti Sabah (254 kes), Pahang (237 kes), Perak (224 kes), Terengganu (224 kes), Melaka (209 kes), Labuan (159 kes), Perlis (7 kes) dan Putrajaya (1 kes).

Dari segi jumlah terkumpul Selangor merekodkan sebanyak 191,722 kes diikuti Sabah (62,816 kes), Kuala Lumpur (60,172 kes), Johor (59,368 kes), Sarawak (48,620 kes), Pulau Pinang (29,433 kes) dan Kelantan (28,860 kes)

Negeri Sembilan pula mencatatkan 27,288 kes terkumpul diikuti Perak (21,245 kes), Kedah (19,428 kes), Melaka (12,544 kes), Pahang (10,004 kes), Terengganu (9,193 kes), Labuan (4,043), Putrajaya (1,911) dan Perlis (518 kes).

pesakit COVID jumlah

Seramai 82,341 kanak-kanak di Malaysia dijangkiti virus COVID-19 sepanjang tempoh 25 Januari 2020 hingga 30 Mei lalu.

Maklumat itu terkandung dalam infografik Kementerian Kesihatan yang dikongsikan oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook milik beliau hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 19,851 kes berumur empat tahun ke bawah manakala 8,237 kes berumur lima hingga enam tahun.

Seramai 26,851 kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 berumur antara tujuh hingga 12 tahun manakala 27,402 kes berumur antara 13 hingga 17 tahun.

“Virus ada dalam komuniti. Lindungi anak-anak kita dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” jelas infografik tersebut. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan