26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 24, 2021

1.13 juta individu telah lengkap dua dos vaksin Covid-19

Must Read

CYBERJAYA – Seramai 1,130,301 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 2,444,075 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,574,376 dos setakat semalam.

Bernama melaporkan, beliau berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,972 dos diikuti Sarawak (119,421); Perak (105,546); Kuala Lumpur (101,822); dan Johor (98,429).

ADHAM BABA

Setakat semalam, 52.4 peratus atau 12,708,357 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,357,323 orang.

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Baca juga:   Najib sedia maafkan Tun M dengan syarat

Fasa ketiga bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.

Dr. Noraini Ahmad berbual dengan salah seorang warga emas semasa melawat PPV Berskala Mega di UiTM Kampus Puncak Alam.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, perkhidmatan pemberian vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam di Shah Alam, akan mula beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi.

Baca juga:   Calon UMNO jadi perbualan, hubungan BN, PN jadi persoalan

Beliau berkata UiTM merupakan antara tiga universiti awam yang akan menyediakan perkhidmatan itu untuk golongan yang memerlukan terutama warga emas dan Orang Kurang Upaya. Dua lagi universiti ialah  Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Katanya perkhidmatan pandu lalu itu merupakan pelaksanaan pemberian vaksin secara hibrid yang bakal dilaksakan di PPV terpilih selain pemberian vaksin secara prosedur biasa iaitu dengan mendapatkan vaksin di dalam dewan atau tempat yang disediakan. 

Sementara itu, Noraini berkata PPV berskala mega di UiTM Puncak Alam yang beroperasi bermula hari ini seawal 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, mempunyai kapasiti dewan sehingga 1,500 orang pada satu-satu masa.

Baca juga:   52,000 ujian saringan di Selangor punca kes harian cecah 11,000

“Perkhidmatan ini dijangka mampu menyediakan 5,000 pemberian vaksin sehari dengan penglibatan 200 kakitangan,” katanya pada sidang media selepas melawat PPV Berskala Mega di UiTM Kampus Puncak Alam, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noraini berkata selain cadangan untuk membuka 19 PPV di Institut Pengajian Tinggi bagi membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kementerian juga bercadang membuka PPV di politeknik dan kolej komuniti terpilih yang bersesuaian.

Latest News

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

SEKUMPULAN peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan dan menghantar bekalan 'raja buah'...

More Articles Like This