31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Siasat segera pendedahan bekas KPN – Pemuda UMNO

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu pihak berkuasa segera menjalankan siasatan berhubung pendedahan oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai isu lompat parti dan campur tangan serius dalam institusi kepolisan.

Sehubungan itu, menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya telah membuat laporan polis di seluruh negara bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap dakwaan yang dibuat bekas Ketua Polis Negara itu.

“Dakwaan-dakwaan yang didedahkan adalah amat serius kerana bukan sahaja dibuat oleh bekas kepimpinan tertinggi agensi keselamatan negara bahkan melibatkan aspek integriti kepimpinan kerajaan dan kedaulatan negara.

“Justeru, Pemuda UMNO mahu kertas siasatan segera dibuka dan keterlibatan agensi-agensi lain terutamanya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)…,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, tindakan itu bagi membolehkan pihak berkenaan menyiasat dan memanggil Abdul Hamid bagi menyelamatkan negara daripada berterusan dipersepsikan dengan imej kebankrapan integriti sehingga menjejaskan keyakinan rakyat dan kepercayaan pelabur.

Antara yang telah membuat laporan polis di kawasan masing-masing ialah Pemuda UMNO Bahagian Rasah, Negeri Sembilan; Alor Gajah (Melaka), Kuala Kedah (Kedah), Sabak Bernam, Gombak, Subang, Shah Alam (Selangor), Ayer Hitam (Johor Bahru), Pengkalan Chepa, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Bachok, Machang (Kelantan) dan Kangar (Perlis).

Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar sempena persaraannya beberapa hari lalu menggesa SPRM menyiasat isu lompat parti kerana beliau mengesyaki wujudnya unsur rasuah.

Semalam, beliau sekali lagi “menyerang” Menteri Dalam Negeri dengan mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri itu untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman sepertimana dilapor sebuh portal tempatan. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan