26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Segerakan vaksinasi penjawat awam – CUEPACS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada semua penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran negara.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pemberian vaksin kepada semua penjawat awam membolehkan mereka meneruskan peranan menjayakan agenda pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

Menurut beliau, melalui pemberian vaksin itu, sudah tentu tiada masalah untuk penjawat awam melaksanakan tugas mereka seperti biasa di lapangan masing-masing dan tidak perlu lagi bekerja dari rumah (BDR).

“Ia juga mengurangkan risiko jangkitan kepada penjawat awam dan masyarakat kerana kebanyakan tugas penjawat awam adalah memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat secara bersemuka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adnan menambah, CUEPACS juga berharap semua aset-aset dariapda agensi lain dapat digerakkan dalam operasi mengekang penularan COVID-19.

Beliau memberitahu, aset-aset seperti kenderaan jabatan, meja, kerusi dan khemah boleh disalurkan kepada pusat kuarantin, pusat pemberian vaksin, bilik gerakan COVID-19 daerah, klinik kesihatan dan COVID Assesment Centre (CAC) agar gerak kerja di fasiliti terlilbat dapat diperkemaskan lagi.

“Perkara ini perlu diputuskan segera bagi memastikan setiap usaha mengekang penularan COVID-19 dapat dijayakan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, CUEPACS mencadangkan agar semua penjawat awam Gred 54 ke bawah menyumbang sekurang-kurangnya sebanyak RM10 setiap seorang kepada tabung COVID-19.

Adnan berkata, dana tersebut digunakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Menurut beliau, cadangan kutipan sumbangan dikecualikan kepada petugas kesihatan, petugas keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan yang terlibat secara aktif di barisan hadapan mengekang penularan COVID-19 sebagai salah satu penghargaan kepada mereka.

“Sumbangan RM10 ini boleh dibuat melalui potongan gaji oleh kerajaan sekiranya dipersetujui kelak.

“Sekiranya ada dalam kalangan penjawat awam ingin memberi sumbangan yang lebih, ia adalah keputusan masing-masing dan boleh dilaksanakan melalui prosedur yang diputuskan kerajaan,” katanya.

Tambah Adnan, CUEPACS juga menghargai pengorbanan penjawat awam di peringkat JUSA dan TURUS kerana telah bersetuju memotong elaun keraian sejak pelaksanaan PKP tahun lalu lagi.

“Pengorbanan setiap penjawat awam amatlah CUEPACS hargai dalam menghayati setiap denyut nadi rakyat,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan