30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Israel ‘koyak’ diserang ‘tentera bawang’ dari Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tidak dapat mengangkat senjata menentang kekejaman zionis Israel, rakyat Malaysia berganding bahu ‘menyerang’ media sosial agensi kerajaan dan rakyat negara itu.

Antara yang menjadi mangsa serangan ‘tentera bawang’ dari Malaysia termasuk Pasukan Pertahanan Israel sehingga mereka ‘koyak’ dan memaki hamun netizen negara ini.

Malaysian troll is bullshit” kata twitter Pasukan Pertahanan Israel dua hari lalu berikutan ‘serangan’ netizen Malaysia terhadap media sosial agensi keselamatan zionis itu.

Ekoran serangan berterusan ‘tentera bawang’ dari Malaysia, hashtag #IsraelKoyak menjadi trending dengan hampir 100,000 twit setakat pukul 10 malam ini.

Tidak cukup dengan itu, tentera bawang Malaysia turut mengajak sama netizen dari Indonesia dan seluruh dunia ‘menyerang’ media sosial melibatkan Israel.

Malaysia antara negara yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melancarkan serangan udara terhadap semenanjung Gaza ketika umat Islam negara itu bakal menyambut Aidilfitri.

Tidak cukup dengan itu, regim zionis itu turut menyerbu Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam Palestin sedang menunaikan solat tarawih beberapa hari lalu.

Semalam, tentera Hamas melancarkan serangan balas terhadap Israel.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut membantah tindakan Isarel itu berkata, serangan kejam, melampau dan keterlaluan oleh regim zionis itu secara keseluruhan dan terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

“Malaysia menuntut Israel untuk segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk yang berada di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyeru semua negara termasuk yang baru-baru ini menjalin hubungan diplomatik dengan Israel untuk beri tekanan paling keras terhadap rejim itu bagi menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.

“Seluruh dunia perlu faham bahawa keganasan tidak berperikemanusiaan yang berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dalam bulan mulia ini dan pada masa semua negara-negara masih bergelut dengan pandemik global adalah sukar diterima, sukar difahami, sukar dilupakan dan amat sukar untuk dimaafkan oleh semua umat Islam sampai bila-bila,” katanya menerusi Facebook hari ini. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan