24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PRMP harap kerajaan segerakan penubuhan yayasan media

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Rakan Media Prihatìn (PRMP) berharap kerajaan dapat segera menubuhkan yayasan media bagi membela dan membantu bekas-bekas kakitangan industri media tempatan.

Pengerusinya, Khairuzzaman Mohamad berkata, cadangan penubuhan yayasan itu disuarakan ketika pertemuan wakil-wakil dan bekas kakitangan media dengan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainal Abidin Mac lalu.

Menurut beliau, matlamat yayasan tersebut bagi mewujudkan organisasi yang dapat menjana kewangan kukuh dalam usaha membela kakitangan industri media yang telah diberhentikan sama ada akibat penutupan syarikat ataupun pemberhentian pekerja.

Beliau berkata, sejak 2018 dianggarkan lebih 5,000 kakitangan media telah diberhentikan akibat pengecilan operasi khususnya media arus perdana.

“Kami amat berterima kasih kepada Datuk Zahidi atas sokongan beliau dalam usaha menubuhkan yayasan media ini dan berharap perkara ini dapat disegerakan bagi memudahkan proses membantu rakan-rakan media yang sedang berdepan dengan cabaran getir ketika ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zahidi dalam pertemuan tersebut berkata, penubuhan yayasan media itu merupakan platform terbaik untuk membantu kalangan media yang terjejas ekoran kemerosotan industri media, khususnya media cetak.

Katanya, pihak kementerian sedang meneliti kaedah terbaik untuk mencapai matlamat penubuhan yayasan tersebut agar dapat membantu mereka yang terlibat bukan sekadar pemberian wang tunai, tetapi juga penawaran lain.

Advertisements

“Yayasan ini akan diurus oleh anggota dengan wakil Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Khairuzzaman juga berharap agar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah turut menyokong usaha murni tersebut dan dapat dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pihak media telah banyak memberi sokongan kepada kerajaan selama ini. Ketika industri ini berdepan dengan situasi sukar, amat wajar jika kerajaan dapat memberi perhatian dan sokongan yang sepatutnya.

“Perubahan persekitaran industri ketika ini telah menunjukkan bahawa kakitangan industri media perlu bersatu dan merancangan pelan kelangsungan kebajikan mereka untuk jangka masa panjang.

“Pada kami penubuhan yayasan media ini adalah langkah terbaik yang perlu disegerakan,” tegas beliau.

PRMP merupakan persatuan yang dianggotai kakitangan dan bekas kakitangan daripada pelbagai media tempatan yang matlamat penubuhannya bagi membina kerjasama dengan pihak kerajaan serta membela bekas kakitangan media. – Edisi9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan