25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Kerajaan jamin Undi 18 dilaksana dalam tempoh terdekat

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun sedang diusahakan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara itu dibincang dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan Undi 18 sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019.

“Susulan keputusan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan perkara teknikal.
“Ia termasuk memperkemas kini sistem perisian yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 25 Mac lalu, SPR mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya dapat dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Baca juga:   Tambang percuma sebulan perkhidmatan Prasarana kepada OKU

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ketika itu, pihaknya perlu realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Sebelum ini, pada pada Julai 2019, pindaan perlembagaan mengenai kelayakan mengundi pada usia 18 tahun mendapat sokongan penuh ahli Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata, ketetapan yang dibuat ini menunjukkan betapa kerajaan beriltizam untuk memberi peluang kepada golongan muda yang berumur tidak kurang 18 tahun menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 atau mana-mana pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri.

Baca juga:   Tuduhan Abas Saad berniat jahat - Ismail Sabri

“Kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai persiapan untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian berhubung prosedur operasi standard, selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularan COVID-19 di negara ini,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

KPM terus pantau projek SMK Kota Warisan

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan memantau projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan, Sepang agar pembinaan sekolah berkenaan berjalan...

Lagi Artikel Berkaitan