24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gaduh: 11 pekerja kilang warga Myanmar ditahan

Mesti Baca

KULAI – Seramai 11 pekerja kilang warga Myanmar ditahan polis malam tadi kerana disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan di Kawasan Perindustrian Taman Teknologi Senai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu melibatkan ramai pekerja kilang warga asing.

Menurut beliau, mereka menggunakan senjata kayu dan besi sehingga menyebabkan empat lelaki warga Pakistan dan India cedera parah.

Beng Yeow menambah, mangsa-mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menerima rawatan.

Advertisements

“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kulai telah melakukan beberapa serbuan di kawasan Senai dan telah menahan 11 lelaki warga Myanmar berumur antara 20 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau memberitahu, semua suspek direman selama empat hari mulai hari ini hingga 4 April.

Beng Yeow berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah merusuh dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengetahui punca pergaduhan serta mengesan pekerja-pekerja lain yang terlibat dalam pergaduhan ini,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan