26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 26, 2022

Exco Pemuda UMNO berdepan tindakan disiplin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti berikutan tindakannya yang didakwa bercanggah dengan pendirian UMNO dalam soal hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Walau bagaimanapun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak mendedahkan nama individu terbabit.

Beliau juga menyatakan telah melaksanakan tanggungjawab memanggil dan menasihati Exco Pemuda UMNO berkenaan dan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin serta Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan.

“Ramai yang minta seorang Exco Pemuda diambil tindakan. Untuk makluman kes beliau sudah ada yang melaporkan dan membawa ke Lembaga Disiplin parti.

“Biarlah Lembaga Disiplin melaksanakan segala prosedur selaras dengan Perlembagaan dan Peraturan parti.

“Memandangkan Exco tersebut adalah exco yang dipilih dan bukannya dilantik, hanya Majlis Kerja Tertinggi sahaja yang boleh mengambil tindakan setelah mendapat maklum balas apa jua syor cadangan tindakan daripada Lembaga Disiplin parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, fokus Pemuda UMNO ketika ini hanya kepada isu rakyat dan membantu rakyat yang susah dan teraniaya.

Baca juga:   Gesaan adakan PRU-15 sejak 2020 lagi - Asyraf Wajdi

Semalam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dalam hantaran Facebook miliknya menggesa akar umbi parti supaya bangkit dan sedar tentang persepsi terhadap parti ketika ini.

Beliau mendakwa, Barisan Nasional (BN) ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana persepsi negatif.

Baca juga:   Malaysia bimbang serangan zionis terhadap penduduk Palestin

“Ramai sayangkan parti keramat UMNO, ramai mahu UMNO kembali menerajui negara. Anak muda yang PRU-14 lalu menjadi faktor penting menolak UMNO juga mengharapkan UMNO menyakinkan mereka bagi PRU-15 akan datang.

“Segala-galanya tentang persepsi, kita tidak boleh hanya mengharapkan undi ahli parti sahaja mendepani PRU akan datang.

“Rakyat merupakan penentu sama ada kita menang atau pun kalah. Segala-galanya tentang rakyat yang akan membuat keputusan melalui persepsi yang ada dalam fikiran mereka,” jelasnya.

Wan Muhammad Azri juga meminta akar umbi memainkan peranan penting dengan menyuarakan kebenaran bagi menyelamatkan UMNO.

Beliau juga sebelum ini lantang bersuara tentang isu rakaman audio perbualan telefon yang didakwa mirip suara pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan PKR. – EDISI 9

Terkini

Potong gaji menteri tak selesai masalah kos sara hidup

CADANGAN supaya gaji menteri-menteri Kabinet dipotong sebanyak 20 peratus oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah...

Lagi Artikel Berkaitan