26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

79 sekolah di Selangor tutup hari ini, esok akibat Covid-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 79 buah sekolah di seluruh negeri Selangor diarah tutup selama dua hari pada hari ini dan esok berikutan terdapat kes pelajar yang dikesan positif Covid-19.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam pekelilingnya berkata, ia melibatkan semua sekolah rendah dan menengah di bawah pentadbirannya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 19 buah sekolah membabitkan kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat diikuti Petaling Perdana (18) dan 15 sekolah dalam PPD Klang.

Turut diarah tutup ialah sembilan sekolah di daerah Gombak, Petaling Utama (sembilan), Hulu Selangor (lima) serta Kuala Langat dan Sepang yang masing-masing dua buah sekolah.

Arahan penutupan itu akibat pengesanan jangkitan Covid-19 di sekolah-sekolah terbabit sepertimana dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, Nor Diana Othman berkata, semua murid dan guru sekolah terbabit tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada tarikh tersebut.

Baca juga:   Labuan sifar kes, Sarawak kembali catat kes tertinggi

“Terdapat seorang pelajar SMK Taman Seraya telah dijangkiti wabak tersebut… Pihak KKM akan membuat penilaian dan menentukan sama ada tempoh penutupan akan dilanjutkan atau sebaliknya,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 2,690 kes dengan Selangor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 751 kes.

Ini termasuk tambahan dua kluster baharu di negeri ini iaitu kluster Jalan Bukit Naga dan Jalan Kuala Gasing di samping 65 kluster sedia ada. – Edisi 9

Baca juga:   Kes buli di MRSM: MARA tamatkan pengajian 10 pelajar

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan