25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Politik ‘tikam menikam’ semakin rancak

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

ADEGAN ‘tikam menikam’ dalam arena politik negara bukanlah perkara baru, sudah lama berlaku cuma istilah itu agak jarang digunakan.

Tetapi ia bukan bermaksud tikam guna senjata betul cuma istilah, bila kita rasa dikhianati.

Apabila Amanah mengingatkan PKR supaya ‘tidak menikam’ parti itu maka teringatlah kita bagaimana begitu banyak adegan seumpama itu sebelum ini.

Amanah menuduh PKR menikam dari belakang apabila ada ADUN-nya ‘berhijrah’ ke parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun ada pemimpin Amanah menganggap ia bukan ‘satu tikaman’ disebabkan biarpun keluar parti tetapi mereka masih dalam ‘satu persekutuan’ tetapi ia tak meredakan keadaan.

Tambah pula ada seorang lagi pemimpin Amanah cakap tak manis terima wakil rakyat yang melompat dari sekutu sendiri.

PKR balas balik dengan mengingatkan pemimpin Amanah jangan ‘menikam’ Anwar kerana pemimpin itu turut didakwa menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad. ‘Tikam menikam’ dalam pakatan pembangkang ini bukan baru.

Tahun lalu, Dr. Mahathir dianggap ‘menikam belakang’ PH apabila meletakkan jawatan Perdana Menteri tanpa berunding sehingga ‘tikaman’ itu menyebabkan pakatan tersebut hilang kuasa.

Dr. Mahathir menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘menikam’ beliau sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebab sudah hilang sokongan.

‘Tikaman’ itu semakin terasa bisanya apabila Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada PH dan bergabung bersama UMNO dan Pas untuk menubuhkan Kerajaan PN.

Baca juga:   Najib bimbang UMNO kalah teruk PRU15 akibat kuasa sementara

Dan semalam PKR pula ‘ditikam’ apabila dua ahli Parlimennya membuat keputusan menyokong Muhyiddin. Sudah tentulah ‘tikaman’ ini menambahkan lagi perit akibat ‘tikaman’ pertama.

Baca juga:   Usah gelisah menanti 'gemparan' politik Anwar Selasa ini

PKR pun masih terasa ‘tikaman’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan parti itu beberapa bersama 10 ahli Parlimen untuk bersama PN.

Tindakan terbaru dua ahli Parlimen PKR itu dianggap ‘tikaman’ yang membantutkan hasrat PH untuk ‘menikam’ Muhyiddin di Parlimen, tidak mereka duga dok sibuk nak ‘tikam’ Muhyiddin, mereka pula yang ‘ditikam’.

Rasanya, selepas ini banyak lagi adegan ‘tikam menikam’ berlaku dan tidak mustahil UMNO dan Pas pun akan terseret sama.

Sekarang inipun dah ada ‘bunyi-bunyi’ yang mengingatkan Pas supaya ‘jangan tikam’ UMNO apabila Pas dilihat lebih akrab dengan Bersatu. Pas pula tak suka ‘tikam menikam’ ini, sebab dulu mereka pernah ‘ditikam’ sehingga tertubuhnya Amanah.

Oleh itu Pas cuba mengelak sebarang ‘tikaman’ daripada UMNO dengan berusaha menjadi ‘orang tengah’ antara UMNO dan Bersatu, sebab kalau UMNO ‘menikam’ Bersatu atau Bersatu menikam UMNO, ketiga-tiga parti akan merasai ‘tikaman’ tersebut.

Dalam UMNO pula, dakwaan ‘tikam menikam’ jangan cakap la dah lama semakin hari semakin hebat. Ada yang dakwa ada usaha ‘nak tikam’ Presiden parti melalui penerbitan buku memburuk-burukkan Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sama, ada juga dakwaan berlaku ‘tikam menikam’ soal pendirian UMNO dalam hubungan dengan Bersatu. Khabarnya dah ada keputusan, UMNO ‘akan tikam’ Bersatu – tak nak lagi kerjasama dalam PRU-15.

Baca juga:   20 pengedar dadah diberkas dalam operasi khas di Johor

Ada kelompok dalam UMNO tidak bersetuju, minta supaya jangan dok main ‘tikam melulu’, kena fikir juga kesan ‘tikaman’ tu dalam pilihan raya nanti tak kiralah nak tanding secara ‘single’ ke, ‘double’ ke atau ‘triple’ dalam PRU itu.

Baca juga:   Siasah bukan untuk selamatkan penjenayah - Mufti Perlis

Turut menjadi bualan bagaimana ada seorang pemimpin kanan parti itu mahu melakukan ‘comeback’, tak tahulah ‘comeback’ macam mana adakah berkaitan ‘tikam menikam’, yang pasti segalanya sudah tersusun.

Bila penulis tanya satu sumber, dia jawab,’’rasanya khabar itu tepat.’’…oppss!! Penulis akan ulas panjang bila tiba masanya.

Tak kisahlah macam mana pun adegan ‘tikam menikam’ dalam parti-parti tersebut tetapi mereka perlu ingat tiada ‘tikaman paling berbisa’ selain ‘tikaman’ daripada rakyat dalam pilihan raya – jadi berhati-hatilah bila dok main ‘tikam menikam’ ni.

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan