26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 20, 2021

PAS, UMNO hampir pasti tak bertembung pada PRU-15

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Dengan kehendak Allah SWT, pertembungan antara PAS dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hampir pasti tidak akan berlaku.

Keyakinan itu disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki dalam kenyataan yang dikongsi melalui laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut beliau, pertembungan itu dapat dielakkan sekiranya usaha memperkasakan Muafakat Nasional (MN) diteruskan.

“Oleh yang demikian seluruh pendukung PAS dan UMNO di seluruh negara tidak perlu bimbang dengan perkembangan semasa MN pada masa kini,” katanya.

Mohd Zuhdi mengulas tentang rakaman video mengandungi ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kemungkinan parti itu bertembung dengan PAS di Terengganu pada PRU-15.

Rakaman video yang tular melalui media sosial itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli-ahli kedua-dua parti berkenaan.

Berhubung isu berkenaan, Mohd Zuhdi berkata, penularan ucapan kedua-dua pemimpin UMNO ini telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu gugat hubungan kedua-dua parti dalam MN.

Baca juga:   Mendiang Baharuddin, Norihan dinaikkan pangkat Sarjan, dicadang PGB

“Setelah saya meneliti ucapan kedua-dua pemimpin UMNO ini, saya boleh menyimpulkan bahawa ucapan kedua-dua mereka hanyalah bersifat hipotetikal.

“Mereka hanya membuat andaian sekiranya hubungan PAS dan UMNO di dalam MN terputus di tengah jalan sebelum PRU ke-15, maka tidak dielakkan pertembungan antara PAS dan UMNO akan berlaku,” jelasnya.

Baca juga:   ‘Saya tidak pernah berbincang, jauh sekali untuk bersama DAP’

Beliau menambah, sebenarnya jika mimpi ngeri terbubarnya MN berlaku kepada kedua-dua parti di dalam MN, pertembungan antara kedua-dua parti terbabit turut boleh berlaku di negeri-negeri yang lain.

Walau bagaimanapun, Mohd Zuhdi berkata, realiti sebenarnya yang berlaku, hubungan PAS dan UMNO dalam MN semakin kukuh.

“Malah Ketua Pemuda UMNO, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki sendiri sebenarnya berada dalam taskforce bersama saya serta beberapa pimpinan PAS dan UMNO lain, yang dipertanggungjawabkan untuk merancang agenda untuk memperkasa MN.

“Oleh yang demikian saya amat yakin UMNO konsisten mendukung agenda Penyatuan Ummah yang menjadi teras MN,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh pendukung kedua-dua parti supaya terus memperkukuhkan agenda Penyatuan Ummah terutamanya ketika umat Islam berada di ambang bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Marilah kira menjadikan masa mendatang ini untuk kita mencipta satu masa depan Islam yang gemilang untuk kesejahteraan Malaysia,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   Apabila tembolok politik mengatasi nyawa rakyat

Terkini

1,365 tambahan dos penggalak diberikan setakat semalam

SEBANYAK 1,365 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar dengan jumlah kumulatif terkini mencecah 32,121 berdasarkan data menerusi...

Lagi Artikel Berkaitan