28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Muhammad Sajjad @ Nur Sajat mahu keluar agama Islam?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Benarkah usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mahu keluar dari agama Islam?

Pertanyaan itu bermain dalam fikiran netizen selepas tular rakaman video dia membayangkan hasrat tersebut dalam media sosial.

Transkripsi penuh rakaman video berdurasi 1 minit 45 saat itu adalah seperti berikut:

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam.

“Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, diaorang buat saya, mungkin diaorang ingat diaorang boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya…tak tahulah,” kata Muhammad Sajjad.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar video kontroversi itu dirakamkan masih tidak dapat dipastikan.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita dalam kejadian tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Pada malam Sabtu lalu, satu serbuan dijalankan pihak berkuasa di kediaman usahawan kosmetik berkenaan terletak di Seksyen 10, Kota Damansara.

Namun, Muhammad Sajjad tidak ditemukan di lokasi berkenaan.

Pihak berkuasa sedang giat mengesan Muhammad Sajjad yang sehingga kini lokasi persembunyiannya masih belum diketahui. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan