25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 27, 2022

Buku Sejarah: Maszlee kemuka 4 tuntutan kepada Asyraf

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengemukakan empat tuntutan daripada Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung buku teks Sejarah Tingkatan 4.

Empat tuntutan itu ialah memadamkan hantara yang dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenai perkara itu dalam Facebooknya.

Maslzee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam turut menuntut agar mana-mana profil atau halaman Facebook serta media sosial lain yang menyiar hantaran tersebut menarik semula dan memadamkannya serta-merta.

Asyraf Wajdi juga dituntut membuat kenyataan maaf secara bertulis yang dipersetujui bersama dalam laman Facebook dan akhbar tempatan.

Maszlee juga menuntut agar Asyraf Wajdi membayar sejumlah wang dipersetujui beliau sebagai pampasan kerana hantaran tersebut yang didakwa memfitnahnya.

“Sekiranya tuntutan-tuntutan ini tidak dilayan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan undang-undang selanjutkan akan terus diambil oleh peguam saya.

“Ini semua ialah proses tindakan undang-undang yang telah saya mulakan untuk memastikan budaya fitnah jahat berbaur perkauman begini tidak berulang lagi,” katanya hari ini.

Maszlee berkata, sebagai pengajaran bersama, beliau percaya rakyat Malaysia muak dan benci dengan budaya fitnah jahar berbaur perkauman yang sengaja ditimbulkan dan boleh menggugat hubungan antara kaum.

Baca juga:   Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka capai indeks Bahagia

“Hanya mereka yang pengecut sahaja yang sering menggunakan senjata fitnah dan propaganda murahan untuk meraih sokongan politik.

“Sudah sampai masanya kita berpolitik secara matang dan berasaskan fakta, juga keberanian untuk tampil bersemuka dan berbincang agar rakyat di bawah boleh menilai dengan saksama,” katanya.

Baca juga:   Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka capai indeks Bahagia

Asyraf Wajid menerusi hantaran dalam Facebook pada 24 Februari lalu mendesak Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan fakta dalam buku sukatan KSSM tersebut.

Beliau berkata, ini kerana terdapat unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan di dalam buku tersebut dengan mengagung-agungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Tanpa menyebut nama Maszlee, Asyraf mendakwa, buku teks yang dikemas kini ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu seolah-olah usaha terancang dan sengaja dilakukan bagi menanam benih ideologi Malaysian Malaysia dalam pemikiran pelajar.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Maszlee dan menjelaskan keputusan meluluskan penggunaan buku teks tersebut dibuat ketika kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kementerian Pendidian turut menafikan dakwaan terdapat fakta-fakta yang diselewengkan sebaliknya berkata, semua kandungan buku tersebut telah melepasi tapisan dan diluluskan oleh pakar-pakar rujuk.

Datuk Seri Mahdzir Khalid mengakui buku tersebut disusun ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan namun ia diluluskan ketika Parlimen sudah dibubar untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

“Ketika itu, saya jadi menteri tetapi tarikh berkenaan adalah dikira kerajaan sementara kerana dalam tempoh berkempen.

Baca juga:   Bekas pegawai kanan SPRM jawab kenyataan Syed Saddiq

“Saya sendiri sudah tidak masuk ke pejabat dan menteri ketika itu adalah penyandang sebelum UMNO kalah pada PRU berkenaan,” kata Mahdzir. – Edisi 9

Terkini

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Khalifa Affnan

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan...

Lagi Artikel Berkaitan