26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tunku Mahkota Johor risau keadaan rakyat – Ustaz Ebit Lew

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim risau tentang kesusahan dan peneritaan yang dihadapi rakyat ketika ini, kata Ustaz Ebit Lew.

Menurut pendakwa terkenal itu, Tunku Ismail sering berbincang dan menyokong segala usaha beliau membantu golongan yang memerlukan.

“Terharu Tunku risau keadaan rakyat. Kesusahan dan penderitaan mereka. Berbincang dan menyokong usaha saya lakukan. Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat.

“Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan kita semua,” katanya menerusi Facebooknya.

Kelmarin Tunku Ismail berkenan menerima mengadap Ebit Lew dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000.

Ini kali kedua Tunku Ismail menerima mengadap Ustaz Ebit Lew. – Foto FB Ebit Lew

Ini merupakan kali kedua pendakwah itu mengadap Tunku Ismail dan dalam pertemuan sebelum ini Tunku dan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000.

Ebit berkata, kesemua sumbangan daripada TMJ itu akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu. Ada masalah apa-apa. Terasa malu dan segan. Saya cuma orang biasa. Tapi Tunku TMJ layan macam kawan-kawan sahaja,” katanya.

Sementara itu Facebook rasmi Tunku Ismail menyebut, pertemuan itu berlangsung di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dua hari lalu.

“Tunku Mahkota Johor dan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim turut menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan dalam usaha kebajikannya.” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan