26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 30, 2021

Permohonan reman ke atas pengasas Sugarbook ditolak

Mesti Baca


CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Portal Malaysiakini melaporkan, peguam yang mewakili lelaki tersebut, Foong Cheng Leong berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Sebelum itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang, itu ditahan di ibu negara menerusi Ops Sugarbook kira-kira 4.30 petang semalam

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya.

Fadzil berkata, siasatan ke atas lelaki tersebut dibuat mengikut Seksyen 372(1)(d), 372B dan 505(b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sugarbook, platform temu janji sugar daddy terbesar di Asia melaporkan peningkatan 40 peratus pelajar mendaftar untuk menjadi sugar baby sejak Januari, dengan menyatakan krisis kewangan dialami golongan terbabit.

Platform itu turut mendedahkan senarai top 10 universiti sugar baby di Malaysia dari Lembah Klang termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.

Baca juga:   Satu kes positif COVID-19 dikesan hari pertama VTL dibuka

Bahkan, Malaysia dilaporkan menjadi “sarang” kepada 42,500 sugar daddy, ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250), menurut SeekingArrangement, laman Sugar Dating terbesar dunia.

Baca juga:   Lelaki mengaku bersalah lacurkan isteri, anak kandung

Laman sesawang Sugarbook kini tidak lagi boleh diakses selepas disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia susulan desakan daripada pelbagai pihak.

Terkini

Pengurus Besar, agensi kerajaan ditahan SPRM

SEORANG pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Tawau, Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan...

Lagi Artikel Berkaitan