23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Masyarakat Cina di Johor bukan pendatang – Sultan Ibrahim

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Johor menghargai peranan masyarakat Cina dalam membangunkan negeri itu, sejak bermulanya zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

Royal Press Office dalam kenyataan sempena sambutan Tahun Baharu Cina memaklumkan, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kerja keras dan ketahanan diri masyarakat Cina dalam membantu memodenkan Johor penting dan mengagumkan, oleh itu, sumbangan mereka yang luar biasa itu perlu diiktiraf.

Menurut Sultan Ibrahim, masyarakat Cina telah diundang ke Johor sebagai “tetamu” oleh nenek moyang baginda untuk membantu membangunkan negeri ini.

“Nenek moyang beta berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan yang unik dengan orang Cina. Mereka bukan “pendatang”. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah kita dan mengusahakan ladang-ladang.

“Mereka (orang Cina) adalah “Bangsa Johor”- sama seperti orang Melayu, India dan lain-lain, semuanya adalah rakyat Malaysia,” tegas baginda seperti dilapor Bernama.

Baca juga:   Pasukan perubatan peribadi Sultan Johor bantu mangsa kemalangan jalan raya

Menelusuri sejarah kedatangan masyarakat Cina, baginda bertitah bahawa Temenggong Daeng Ibrahim individu pertama yang mengundang orang Cina dari China untuk datang ke Johor pada tahun 1844 untuk membantu membuka ladang gambir dan lada hitam, secara besar-besaran.

Semenjak dari itu, masyarakat Cina juga membantu meletakkan Johor di persada antarabangsa pada tahun 1850 sebagai pengeluar lada hitam dan gambir terbesar, dengan aktiviti hiliran yang aktif seperti penyamakan kulit dan mewarnakan kain menggunakan gambir.

Baca juga:   Jangan sampai Johor keluar daripada Malaysia - Sultan Ibrahim

“Kesultanan Johor dan masyarakat Cina mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor. Kami menghargai sumbangan mereka,” titah baginda.

Sementara itu, sempena Tahun Baharu Cina, Sultan Johor tidak putus-putus mengurniakan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Cina di setiap pelosok negeri.

Kurniaan peribadi dalam pelbagai bentuk itu disalur menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor untuk diagihkan kepada rakyat negeri.

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan