24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

2 warga Belanda nyaris maut ditimpa objek dari langit

Mesti Baca

AMSTERDAM – Tidak dapat dibayangkan perasaan dua penduduk pekan Meersen di Belanda apabila mereka tiba-tiba ditimpa objek keras yang jatuh dari langit.

Memetik laporan NAM News Network, kedua-dua mereka cedera akibat terkena kepingan dari pesawat kargo yang terkopak dan jatuh di kawasan Sint Josephstraat di pekan berkenaan semalam.

Seperti yang dilaporkan pihak berkuasa Belanda, mujurlah mereka hanya cedera ringan dan salah seorang daripadanya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Beberapa buah kereta dan rumah turut mengalami kerosakan.

belanda
Sebuah kereta mengalami kerosakan akibat ditimpa kepingan pesawat yang jatuh di oekan Meersen. Gambar: CNN

Agensi pemeriksaan keselamatan Belanda, Veiligheidsregio dan Lapangan Terbang Maastricht Achenmengesahkan insiden itu berlaku setelah sebuah pesawat kargo jenis Boeing 747-400 mengalami kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas dari Maastricht.

Longtail Aviation, syarikat perkhidmatan sewa penerbangan yang memiliki pesawat tersebut memberitahu, kapal terbang itu menghala ke Lapangan Terbang JFK di New York, Amerika Syarikat.

Kru pesawat tersebut menyedari terdapat masalah enjin sebaik sahaja ia berlepas.

“Ekoran masalah itu, keputusan dibuat, setelah mendapat kebenaran pengawal trafik udara, untuk melencongkan pesawat itu ke Lapangan Terbang Liege, Belgium, di mana ia mendarat dengan selamat.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Belanda, Belgium, Bermuda dan United Kingdom (UK) untuk mengenal pasti punca insiden ini,” kata pengurusan akauntabiliti Longtail Aviation, Martin Amick dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sementara itu, Lapangan Terbang Maastricht dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu membawa kargo am dan barangan farmaseutikal.

“Beberapa saat selepas pesawat berlepas, pengawal trafik udara menyedari kebakaran enjin dan memberitahu juruterbang.

“Kemudian mereka mematikan enjin tersebut dan menghantar isyarat kecemasan,” kata Lapangan Terbang Maastricht.

Juruterbang dikatakan memilih untuk mendarat di Liege berikutan landasannya yang agak panjang, sekali gus memberi lebih ruang kepada pesawat untuk mendarat dengan selamat.

Insiden serupa berlaku di Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Sebuah pesawat United Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas salah satu enjinnya gagal berfungsi sebaik sahaja meninggalkan landasan.

Beberapa kepingan badan pesawat jatuh ke kawasan pinggir bandar berdekatan.

Pesawat Boeing 777-200 itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dan tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Boeing pula menyarankan kepada syarikat penerbangan untuk menggantung sementara pesawat jenis 777 yang menggunakan enjin lama versi PW4000 sehingga pemeriksaan selesai dijalankan.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan