30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tindakan gantung Perlembagaan tidak mampu pulihkan pandemik

Mesti Baca


Oleh DATUK SERI MOHAMAD HASAN

MALAYSIA berada dalam kedudukan yang sangat unprecedented dalam sejarahnya.

Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara diisytiharkan dalam darurat, Perlembagaan digantung dan Parlimen tidak berfungsi.

Keputusan kerajaan mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.

Alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan the state of Health Emergency dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

Hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan dan menyegerakan imunisasi akan memulihkan Malaysia daripada wabak ini.

Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.

UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar.

Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik dalam kalangan negara Islam.

Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini.

Dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya.

  • Penulis ialah Timbalan Presiden UMNO. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan