30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penduduk zon merah diharap tangguh rancangan bercuti – Najib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap orang ramai yang berada di zon merah dan mempunyai kes aktif Covid-19 agar menangguhkan rancangan bercuti atau pulang ke kampung pada bulan ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau mencadangkan demikian agar virus tersebut tidak merebak ke seluruh negara dan nyawa ibu bapa masing-masing di kampung tidak terancam.

Najib Razak

Menurutnya, kadar jangkitan Covid di negara ini juga masih tinggi dengan jangkaan kes baru setiap hari antara 845 hingga 1,700 sehingga 23 Disember.

“Saya faham ramai yang tak sabar untuk pulang ke kampung atau melancong pada akhir tahun ini seperti kebiasaan dalam negara kita sejak berpuluh tahun dahulu apatah lagi sekatan rentas negeri juga telah dihapuskan.

“Tapi jika saudara-saudari berada dalam zon merah yang mempunyai kluster aktif atau percaya kamu mungkin terdedah kepada risiko dijangkit Covid, saya harap kamu boleh tangguh rancangan masing-masing.

“Agar virus tidak merebak ke seluruh negara dan nyawa orang tua kita di kampung tidak terancam,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar nilai kebolehjangkitan (RO) di Malaysia bagi pandemik Covid-19 dijangka berada pada tahap 0.95 hingga 1.05 dalam tempoh dua minggu lagi berbanding 0.96 yang dicatatkan hari ini.

Beliau berkata, untuk tempoh itu juga, jumlah kes harian yang dijangka dicatatkan ialah kira-kira 845 hingga 1,700 jika tiada peningkatan dari segi kadar jangkitan.

“Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini untuk melihat perkembangan kes harian. Kalau kes lebih kurang sebagaimana yang kita jangkakan, kita boleh hidupkan ekonomi kita, tapi kalau kes bertambah kita akan fikir dan gunakan strategi yang lain.

“Kebimbangan kita adalah kalau RO meningkat kepada 1.5, jangkaan kes harian adalah lebih kurang 6,500 manakala jika RO meningkat kepada 2.2 seperti permulaan gelombang ketiga, mungkin kes akan mencecah lima angka,” katanya, semalam.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan