24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelabur asing sudah ‘tidak pandang’ Malaysia – Najib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia yang dahulu dilihat berpotensi dengan pertumbuhan tinggi di rantau Asia dan Asia Tenggara kini tidak lagi dalam pertimbangan pelaburan asing. 

Dakwa bekas perdana menteri itu, sejak 2018, rakyat sudah tidak dengar lagi apa-apa usaha membawa pelaburan masuk ke negara ini.

Najib Razak

“Elek.Tidak ada. Yang ada hanya penghinaan kata rakyat malas. Yang kita lihat hanya ketidakstabilan politik.

“Yang dirasai hanya kelemahan dasar-dasar kerajaan dengan kesan besar terhadap ekonomi dan rakyat,” tulis Najib dalam hantaran Facebook hari ini.

Najib menjelaskan, pengurusan negara dan ekonomi sebenarnya memerlukan kepimpinan.

Namun katanya, sayang sekali, Malaysia yang dahulunya ketika Barisan Nasional (BN) memimpin dilihat sebagai berpotensi dengan pertumbuhan tinggi di rantau Asia dan Asia Tenggara, kini tidak lagi dalam pertimbangan pelaburan.

Advertisements

“Tidak lagi dipandang. Sayang sekali. Sayang sekali.

“Oh Malaysia, ke mana kita?” tulis Najib.

Sementara itu, Najib dalam hantaran itu menyatakan beberapa syarikat gergasi dunia seperti Tesla, Amazon Dan Google dipercayai akan mula melabur ke Indonesia dalam masa terdekat.

Beliau hairan dan mempersoalkan apa yang sedang berlaku sekarang kerana Malaysia juga mempunyai agensi pelaburan seperti MITI, MIDA, InvestKL dan MDEC.

“Dahulunya saya sendiri memimpin misi perdagangan dan pelaburan, jumpa pemimpin luar negara dan ketua-ketua industri dengankira-kira 80 syarikat antarabangsa dijemput ke Malaysia pada masa saya.

“Ini sekali gus membuka peluang pekerjaan dan memastikan pekerja berkemahiran tinggi Malaysia sama ada kekal di sini atau yang berada di luar negara, kembali berkhidmat di tanah air kita,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan