31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Budak lempar kucing sambil main TikTok dicari

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab melempar seekor kucing sambil merakam video TikTok yang kini tular di media sosial.

Video selama 12 saat itu menunjukkan seorang budak lelaki memegang seekor kucing sebelum melempar haiwan berkenaan ke arah belakang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan bila video itu dirakamkan.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam catatan di Facebook meminta orang ramai membantu mengesan pelaku tersebut.

Menurutnya, budak itu perlu ditangkap supaya menjadi pelajaran kepada warga TikTok di luar sana agar tidak mengikuti jejak pelaku yang memangsakan kucing sebagai medium untuk beraksi.

“Mana-mana kenalan budak lelaki ini boleh salurkan maklumat terperinci identiti lelaki tik tok yang melempar kucing ini ke www.wasap.my/+601120901097 segera.

“Tolong cari budak ini,” tulis hantaran itu, malam tadi.

Persatuan Haiwan Malaysia menegaskan, perbuatan bermain TikTok sambil melempar kucing adalah perbuatan orang tidak berakal. 

Ujarnya, budak lelaki itu menganggap ianya adalah hiburan namun tanpa dia sedar dia sedang melakukan jenayah kezaliman apatah lagi boleh mendatangkan kecederaan, ketakutan (trauma) dan melibatkan kematian sekali pun.

“Budaya bertiktok dengan menjadikan haiwan sebagai bahan melariskan follower (pengikut) perlu ditegah di peringkat awal,” tambah hantaran itu lagi.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan