25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bonda Najib, Tun Rahah meninggal dunia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bonda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Najib menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital.

“Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” tulis Najib.

Tun Hajah Rahah merupakan balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Selain Najib, Tun Hajah Rahah mempunyai empat lagi anak termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak.


Difahamkan, Tun Rahah berada dalam keadaan tidak sihat di hospital sejak kelmarin.

Terdahulu, Najib sempat menulis kiriman doa dan nukilan peribadi yang dimuatnaik dalam hantaran Facebook beliau hari ini dan ia berjaya ‘mencuri’ perhatian netizen.

Hantaran pertama dimuatnaik Najib hari ini adalah doa bekas perdana menteri itu buat ibunya, Tun Rahah.

“Bismillahirrahmanirrahim….Ya Allah Ya Tuhanku!


“Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W.


“Di keheningan Subuh ini, hambaMu ini memohon kepadaMu Ya Allah. Sembuhkanlah ibu hambaMu ini Ya Allah.


“Hilangkanlah kesakitan dan kesengsaraan ibu hambaMu ini Ya Allah.


“Ya Allah, ampunilahku dan kedua ibu dan bapaku, kasihanilah keduanya seperti mereka menyayangiku di waktu kecil.

Advertisements


“Hanya kepadaMu Ya Allah, hambaMu ini memohon bantuan.


“Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang!

Demikian merupakan rangkap doa yang ditulis Najib dan diaminkan rata-rata pengikut Facebook beliau.

Hantaran itu mendapat 125,000 tanda suka dan 21,000 Komen selain dikongsi 1,300 pengguna Facebook setakat ini.

Pada hantaran kedua beliau hari ini, Najib menukilkan luahan hatinya terhadap ibunya.

“Ibu membesarkan kita.

“Ibu mendidik kita.

“Ibu jaga kita tanpa kenal penat lelah.

“Ibu menyayangi kita tanpa keluh kesah.

“Sebagai anak, amat sedih apabila seorang ibu menerima ujian dan kesihatan yang semakin merosot.

“Namun kita kena tabah dan redha, teruskan berdoa kepada Allah,” tulis Najib.

Nukilan Najib yang turut disertakan gambar beliau dan bonda dikasihinya itu turut berjaya meraih sebanyak 93,000 tanda suka.

Ruangan komen hantaran itu turut ‘dibanjiri’ doa netizen yang mendoakan kesembuhan Tun Rahah selain memberi kata-kata semangat buat Najib.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan