25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Saifuddin Nasution pun sahkan kehadiran saya, Shahar bidas Rayer

Mesti Baca

KUALA LUMPUR -Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah menafikan beliau tidak hadir semasa sesi perbahasan Belanjawan 2021 hari ini.

Menerusi hantaran Facebook, Mohd Shahar berkata, berlegar di media sosial bertanya hal kehadiran beliau di Dewan Rakyat hari ini. 

Mohd Shahar Abdullah

Menurutnya, orang ramai boleh melihat hantaran atau status dimuatnaik dalam media sosial miliknya yang menyatakan beliau berada di dalam Dewan Rakyat.

“Selain itu, sila tonton video ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ( Saifuddin Nasution) di ruangan komen yang merakamkan ucapan terima kasih dan mengesahkan kehadiran saya di dalam Dewan Rakyat hari ini semasa perbahasan bajet 2021.

“Ahli Parlimen Jelutong (RSN Rayer) mungkin tidak tahu perkara ini sebab dia tiada di dalam Dewan Rakyat pada ketika itu,” jelas Mohd Shahar lagi.

Pada persidangan hari ini, RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan isu kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan semasa sesi perbahasan mengenai Belanjawan 2021.

Advertisements

Rayer membangkitkan perkara itu sebanyak dua kali  iaitu selepas perbahasan oleh Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Warisan-Kota Belud).

Ketika kali pertama membangkitkan perkara itu, Rayer memohon penjelasan adakah Menteri Kewangan atau dua timbalannya hadir pada sesi perbahasan hari ini untuk mendengar serta memberi ulasan terhadap isu dibangkitkan.

“Ini adalah masa yang begitu penting dan tuan Speaker sudah memberitahu bahawa masa sekarang tiada ahli-ahli (Parlimen) yang hadir, sekurang-kurangnya kita ada Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dan Timbalan Menteri (Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri dan Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah) untuk hadir.

“Inilah persoalan saya, bilangan…saya lihat hari itu tuan Yang Dipertua dah singkatkan kepada 80 orang, kadangkala tidak cukup bilangan, tetapi sekurang-kurangnya Menteri Kewangan, Timbalan Menteri perlu hadir,” katanya.

Isu ketidakhadiran Menteri atau Timbalan Menteri di Dewan Rakyat kemudiannya mendapat reaksi Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta seorang daripada mereka agar berada di dalam dewan semasa Ahli Parlimen membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

Azalina ketika membuat permohonan itu pada akhir sesi persidangan hari ini berkata, Menteri atau seorang daripada Timbalan Menteri berkaitan perlu berada di dalam dewan semasa perbahasan bagi mendengar isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan