32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

PRN Sarawak bukan dalam masa terdekat – Abang Johari

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketika ramai bertanya apakah benar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tetap dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 sedang menular, kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini mampu memberikan kelegaan.

Bercakap kepada wartawan di Kota Samarahan, Abang Johari berikutan situasi wabak yang masih membimbangkan, beliau tidak mahu mengadakan PRN dalam terdekat, walaupun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pilihan raya itu tidak dapat dielakkan.

“Ya…memang tidak boleh dielakkan, tetapi kita tidak tahu bila akan melakukannya kerana yang paling utama sekarang ialah keselamatan kesihatan rakyat. Kami dalam kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan untuk mencari masa yang terbaik (untuk mengadakan PRN-12),” katanya.

Abang Johari berkata, beliau sudah meminta nasihat pakar termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai langkah perlu untuk mengadakan pilihan raya ketika ketika wabak itu belum reda sepenuhnya.

Malah katanya, beliau sudah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk melaksanakan proses demokrasi itu.

“Tetapi sekarang kami belum menerima maklum balas daripada pihak terbabit berhubung langkah perlu untuk menghindarkan wabak menular mendadak serta SOP perlu untuk memastikan kelancaran pilihan raya dalam keadaan wabak masih membelenggu kita.

Baca juga:   Program TVET KPLB perlu ditambah baik selari kehendak industri

“Sekarang di Sarawak, jumlah positif COVID-19 meningkat semula, malah Kuching sudah menjadi Zon Merah,” katanya.

Baca juga:   Proklamasi Darurat: PRN Sarawak digantung - SPR

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya belum memutuskan tarikh untuk mengadakan PRN-12.

“Setakat ini tidak ada mesyuarat Majlis Tertinggi GPS untuk membincangkan PRN-12. Kerajaan GPS sangat prihatin terhadap lonjakan jangkitan COVID-19 ketika ini dan dengan serius mempertimbangkan bahaya wabak itu terhadap keselamatan dan nyawa rakyat Sarawak,” katanya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu belum dibincangkan kerana kerajaan negeri sedang menumpukan usaha menangani penularan COVID-19.

“Setakat ini, Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS tidak bermesyuarat bagi membincangkan mengenai PRN-12,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini seperti dilaporkan Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini yang PRN-12 mungkin diadakan pada Januari atau Mac tahun depan walaupun negeri sedang berhadapan penularan COVDI-19.

Mengulas lanjut, Alexander yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, GPS tidak merancang mengadakan PRN-12 dalam waktu terdekat kerana bimbang dengan penularan COVID-19.

“Kerajaan GPS sangat prihatin terhadap peningkatan jangkitan COVID-19 ketika ini dan dengan serius menangani COVID-19 demi keselamatan dan nyawa penduduk di Sarawak,” katanya.

Baca juga:   Pas akan bertanding dalam PRN Sarawak - Tuan Ibrahim

Justeru, beliau berharap orang ramai bertenang dan menunggu pengumuman rasmi daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai tarikh PRN-12.

Baca juga:   Program TVET KPLB perlu ditambah baik selari kehendak industri

Terkini

KKM sahkan tiada pengedar air zam zam di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini...

Lagi Artikel Berkaitan