31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lebih 80,000 syarikat baharu didaftarkan April-Julai

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82,555 perniagaan baharu telah didaftarkan di seluruh negara sejak April lalu di sebalik penularan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, maklumat itu adalah berdasarkan data yang disalurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bermula 1 April hingga 19 Julai.

Menurutnya, data itu menunjukkan, Covid-19 tidak menghalang sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan.

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

“Namun mereka perlulah mengikut kehendak semasa iaitu dengan menggunakan platform e-dagang sebagai medium pemasaran produk dan perkhidmatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Inisiatif Realisasi Impianmu Bersama Shell (RIBS), yang disiarkan di YouTube hari ini.

Turut serta, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn BHD, Shairan Huzani Husain.

Wan Junaidi berkata,  pandemik Covid-19 dijangka memberi kesan kepada penurunan jumlah tenaga kerja dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara mendadak.

Ujarnya, buat masa ini, PKS memberi manfaat kepada 7.3 juta tenaga kerja atau 48.4 peratus.

“Namun pada tahun ini, peratusan itu dijangka turun dengan mendadak berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan kepada prestasi PKS.

“Ini disokong oleh kaji selidik SME Corp bahawa kira-kira 73 peratus PKS dijangka alami kerugian pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi memuji langkah Shell Malaysia membantu PKS di negara ini memasarkan produk mereka di rangkaian kedai Shell.

“Saya percaya inisiatif ini membantu pengusaha PKS untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shell Malaysia mengumumkan enam pemenang utama inisiatif RIBS daripada 29 finalis pertandingan.

Enam syarikat  dipilih yang berpeluang memasarkan produk mereka di kedai rangkaian Shell seluruh negara iaitu I On, Big Why, Binarich, Meal In Minutes, Kincirmas dan Rompin Integrated Pineapples Industries. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan