24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

‘Jetman Dubai’ terbunuh ketika sesi latihan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada jetman Dubai, Vincent Reffet, yang sering melakukan aksi lagak ngeri dengan menggunakan sut khas dan sayap gentian karbon, maut ketika sesi latihan di gurun, semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak organisasinya, namun tidak diberikan maklumat lanjut mengenai insiden itu.

“Vince (nama panggilannya) adalah seorang yang berbakat dan saling disenangi serta dihormati ahli kumpulan yang lain. Kami mendoakan keluarganya tabah hadapi dugaan ini,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan oleh Astro Awani.

Vince sering melakukan aksi dramatik dengan meluncur di udara di bandar negara Teluk itu, termasuk di sekitar bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dengan ketinggian 828 meter dan terbang beriringan dengan pesawat komersial terbesar dunia, Emirates Airbus A380.

Beliau juga sebelum ini memenangi beberapa pingat emas dalam pertandingan free-flying skydiver dan bertanding atas tiket atlet ekstrem tajaan Red Bull.

Advertisements

Keberaniannya itu diwarisi daripada ibu bapanya yang juga merupakan penerjun udara bebas.

Aksi Reffet awal tahun ini, tular, dengan video memaparkan beliau terbang ke paras 1,800 meter ke udara, di pesisiran pantai Dubai dan ia seakan babak dalam filem Iron Man.

Vince berlegar-legar di permukaan laut sebelum terbang ke pusat bandar.
Bagi melakukan aksi berkenaan, beliau akan dilancarkan ke udara menerusi platform pada ketinggian tertentu.

Sayap gentian karbon yang digunakannya dikuasakan dengan empat enjin jet mini. Peralatan itu mampu mencecah kelajuan sehingga 400 kilometer sejam.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan