28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

EZ Qurban perkenal Akikah Malaysia

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Ketika wabak Covid-19 masih lagi membelenggu seluruh dunia, EZ Qurban Sdn Bhd terus mencari peluang baharu dengan memperkenalkan perkhidmatan Akikah Malaysia.

AHMAD FADZULLAH HASSANUDDIN

Syarikat peneraju ibadah korban dan akikah itu sebelum ini telah melaksanakan perkhidmatan di luar negara selama 14 tahun, khususnya kepada masyarakat Islam di luar bandar.

Penawaran perkhidmatan Akikah Malaysia kali ini dapat membuka peluang kepada pelanggan melaksanakan di dalam negara selain merancakkan ekonomi perternak tempatan.

Pengarah Pemasaran EZ Qurban, Ahmad Fadzullah Hassanuddin berkata, selain mewujudkan silaturrahim, Akikah Malaysia dapat menyemarakkan ekonomi perternak tempatan.

“Perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti konsep perlaksanaan akikah di luar negara yang mana daging sembelihan akan diagihkan kepada komuniti yang memerlukan seperti golongan asnaf umumnya.

“Itu yang kami akan praktikkan di Malaysia. Lagipun COVID-19 masih belum reda. Sudah pasti banyak majlis terpaksa ditangguh,” katanya ketika kepada Edisi 9, hari ini.

Menurutnya lagi EZ Qurban bekerjasama dengan syarikat penternak tempatan, Colla Cattle Farm bagi perlaksanaan program ini sepenuhnya dari pemilihan kambing sehinggalah proses agihan.

Sementara Pengurus EZ Qurban, Ustaz Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata, operasi keseluruhan ibadah korban di luar negara tahun ini telah diselesaikan.

Program Akikah Malaysia EZ Qurban mendapat kerjasama Colla Cattle Farm.

“Alhamdulillah laporan telah kami siapkan dan sijil perlaksanaan e-cert serta sijil kekal juga telah kami serahkan kepada peserta walaupun ada beberapa isu kecil teknikal yang perlu diteliti semula bagi kelicinan pentadbiran.

“Keadaan pandemik Covid-19 sangat menguji operasi kami, antaranya terpaksa mengehadkan pergerakan semua staf, urusetia dan wakil kami untuk pelaksanaan dan menyediakan laporan selepas selesai ibadah tersebut”, jelasnya.

Pihak EZ Qurban mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta yang telah melakasanakan ibadah tersebut dan memohon maaf di atas beberapa kesulitan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pertanyaan lanjut boleh mengubungi kami di nombor 013-2386000 atau WhatsApp www.wasap.my/60133186984.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan