26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Bekas Pengarah IT MARDI mati ditetak, isteri parah dirompak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis percaya kejadian pembunuhan bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Wan Hassan Wan Embong, 71 di rumahnya di Bangsar, di sini, awal pagi tadi dilakukan sekurang-kurangnya dua lelaki.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata perompak memecah masuk kediaman itu ketika kawasan perumahan berkenaan terputus bekalan elektrik, kira-kira jam 3 pagi.

“Ketika kejadian mangsa bersama isterinya di dalam rumah dan berdasarkan maklumat awal, dua lelaki bersenjata tajam memecah masuk ke kediaman itu,” katanya ketika dihubungi.

Anuar berkata, Wan Hassan maut akibat ditetak di leher dan badan, manakala isterinya cedera ditetak di tangan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Advertisements

”Polis kini sedang giat memburu suspek yang bertanggungjawab dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu Astro Awani melaporkan, Anuar dalam satu kenyataan berkata, isteri mangsa, Sarifah Yusof,70 yang terdengar bunyi bising di bahagian dapur didatangi dua lelaki yang berparang dan meminta duit.

“Mangsa cuba melawan dan seterusnya telah ditetak. Suspek kemudian melarikan barang-barang berharga yang belum dapat dikenal pasti sebelum melarikan diri mengikut tingkap dapur,” katanya dalam satu kenyataan.


Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan