25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM tamat kuarantin, negatif Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pengesanan sampel kedua pada 15 Oktober.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua ujian pengesanan yang dilakukan Muhyidddin sepanjang tempoh kuarantin kendiri turut disahkan negatif.

Katanya, tempoh kuarantin kendiri dijalani Muhyiddin tamat pada 16 Oktober (Jumaat).

“Untuk makluman, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober dan telah disahkan negatif pada 15 Oktober,” kata kenyataan itu, hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun menurut Pejabat Perdana Menteri, walaupun tempoh kuarantin kendiri tamat, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan terus dijalankan melalui sidang video.

“Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa Covid-19 di dalam negara,” tambahnya.

Muhyiddin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif Covid-19.

Dr Zulkifli dibenarkan keluar dari wad di sebuah hospital di Seremban, pada 14 Oktober lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan