29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Meninggal dunia semasa laung azan Subuh

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Laungan azan Subuh bagi penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam hari ini tidak seperti selalu apabila cuma kedengaran dua rangkap sahaja iaitu kalimah takbir dan shahadah sebelum kemudian terhenti.

Rupanya, itu adalah laungan azan terakhir Bilal Surau Ar-Rayyan yang dikenali sebagai Abang Rosliman.

Ironinya, ini merupakan hari ketiga Allahyarham yang mesra dipanggil Abang Man memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan Subuh.

Abang Man bukan bilal surau sebaliknya merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Ar-Rayyan dalam kenyataan yang dimuat naik Lembaga Zakat Selangor di Facebook berkata, selepas laungan azan bilal terhenti, kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.

“Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga Abang Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulans tiba di kawasan surau.

“Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. 

“Abang Man telah kembali bertemu Pencipta-Nya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah,” tulis kenyataan itu.

Allahyarham bukannya seorang Bilal tetapi memberanikan diri untuk azan subuh. – Foto FACEBOOK

AJK itu berkata, kejadian itu membuatkan mereka sebak dan bergenang air mata khasnya para jemaah dan sahabat rapat.

“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. 

“Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu,” ujar salah seorang jemaah.

Kata kenyataan itu lagi, paling mereka terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan Subuh.

“Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang,” tulis kenyataan itu.

Abang Man pernah berseloroh : “Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.

Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar berhasrat bawa masyarakat cakna isu semasa

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan